Bantah Politik Wang: Isteri Guan Eng Dan Beberapa Pemimpin DAP Botakkan Kepala

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Guan Eng hadir bagi memberikan sokongan kepada isterinya Betty Chew yang membotakkan kepalanya sebagai bantahan terhadap politik wang. - Foto THE STAR
Guan Eng hadir bagi memberikan sokongan kepada isterinya Betty Chew yang membotakkan kepalanya sebagai bantahan terhadap politik wang. - Foto THE STAR

GEORGE TOWN: Seramai 100 orang termasuk, Betty Chew, isteri kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkumpul di tepi bangunan Kuan Yin di Tokong Kek Lok Si di Ayer Hitam di sini pada Jumaat untuk membotakkan kepala mereka sebagai bantahan terhadap politik wang.

Kumpulan tersebut terdiri daripada pemimpin DAP, calon serta penyokong parti itu.

Antara calon DAP yang turut serta membotakkan kepala mereka ialah, Phee Boon Poh, Wong Hon Wai, Jagdeep Singh Deo, Teh Yee Cheu dan Yap Soo Huey.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyertai acara tersebut ialah Koid Teng Guan dan Datuk Wong Hang Yoke.

Lim turut hadir memberikan sokongan namun beliau tidak turut serta membotakkan kepalanya.

16 penggaya rambut daripada dua salun menyertai acara tersebut untuk membotakkan kepala penunjuk perasaan berkenaan.

Chew berkata bantahan tersebut dianjurkan oleh sekumpulan penyokong DAP dan ia diadakan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai politik wang.

"Saya mengambil keputusan untuk membotakkan kepala kerana sebab yang baik.

"Anda mungkin memperoleh sesuatu yang percuma hari ini namun kita mungkin terpaksa membayarnya pada hari esok," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan