Anwar Punyai Banyak Personaliti - Yuktes Vijay

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas peguambela kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para pengundi untuk berfikir secara berhati-hati mengenai kesesuaian Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk mengambil alih pucuk kepimpinan negara.

Yuktes Vijay, yang merupakan sebahagian anggota pasukan peguambela Anwar selama tiga tahun, berkata beliau mengambil keputusan menarik diri Ogos lalu, selepas menyedari lelaki yang menjadi idolanya itu, bukan seperti diharapkan.

Menurut beliau, Anwar mempunyai banyak personaliti yang orang ramai tidak menyedarinya.

"Dia juga mampu menggunakan keadaan kesihatan beliau untuk mendapatkan perhatian orang ramai," katanya kepada Bernama.

Yuktes berkata peluang berkhidmat dengan Anwar membolehkan beliau memperoleh maklumat tentang gaya kepimpinan pemimpin PKR itu.

Mengenai dakwaan Anwar bahawa beliau berpegang kepada prinsip demokrasi, Yuktes berkata, tidak dapat dinafikan terdapat pemimpin lain yang telah melakukan kerja lebih baik dan mengalakkan demokrasi.

Katanya, para pengundi harus mempertimbangkan kebaikan dan keburukan sebelum memilih Anwar untuk memimpin Malaysia, kerana mereka perlu menanggung akibat berikutan daripada keputusan tersebut, untuk tempoh lima tahun akan datang.

Yuktes berkata, apa yang penting baginya ialah, Malaysia seharusnya diterajui seorang Perdana Menteri yang membawa negara ke tahap yang lebih tinggi berbanding seorang pemimpin yang akan menghancurkanya.

"Rakyat Malaysia seharusnya menghargai apa yang dilakukan komponen Barisan Nasional (BN) terhadap negara, selama ini," katanya sambil menambah banyak lagi bakal dinikmati rakyat jika BN terus diberikan mandat. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan