Tengku Adnan Jelaskan Usaha Bawa Pulang Pengundi Proses Normal, Dilakukan 'Rakan BN'

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan semasa pilihan raya adalah normal bagi pertubuhan dan parti-parti politik menggalakkan pengundi untuk datang ke pusat-pusat mengundi.

Malah beliau berkata Pakatan Rakyat telah menempah bas-bas bagi membawa pulang pengundi dari Singapura, manakala Bersih, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mempunyai kaitan dengan pakatan rakyat, membayar tambang penerbangan bagi rakyat Malaysia untuk pulang dari Shanghai dan Hong Kong.

"Pakatan rakyat secara sinis cuba menimbulkan keraguan mengenai keadilan sistem pilihan raya bagi melemahkan demokrasi Malaysia. Ia adalah satu kempen bagi memburuk-burukkan sistem pilihan raya menjelang pilihan raya. Pembangkang sedang menyediakan satu alasan bagi kekalahan mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tengku Adnan berkata penerbangan yang menjadi persoalan itu dianjurkan dan dibayar oleh "rakan-rakan BN" bagi membawa pulang pengundi berdaftar ke daerah-daerah mereka agar mereka dapat mengundi dalam pilihan raya.

"Tidak ada apapun yang benar berhubung dakwaan pembangkang, tidak lain dan tidak bukan penumpang-penumpang itu hanya pengundi-pengundi berdaftar Malaysia," katanya.

Terdahulu pada Khamis, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Pejabat Perdana Menteri (PMO) bertanggungjawab menempah penerbangan khas untuk membawa masuk jumlah pengundi hantu yang ra,ai daripada Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia.

Beliau mendakwa mereka akan dibawa ke pelbagai kawasan sekitar semenanjung untuk membolehkan calon Barisan Nasional menang di kawasan tertentu.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan