SPR Jamin Undi Pos Luar Negara Sampai Ke Pegawai Pengurus Berkenaan

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan sejumlah 6,092 sampul surat mengandungi undi pos luar negara akan sampai ke pejabat Pegawai Pengurus (RO) pilihan raya yang berkenaan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sampul berkenaan diterima dari 100 pejabat perwakilan Malaysia di pelbagai lokasi seperti Muscat, Dublin dan New York. "Tidak banyak masalah yang dihadapi dari segi penghantaran dan penerimaan. Keseluruhan sampul surat yang dihantar ke luar negara berjumlah 8,725 pada 28 April lalu manakala bilangan yang dituntut adalah 6,092.

"Bilangan yang tidak dituntut 2,633," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau proses penerimaan sampul undi pos luar negara di Kementerian Luar di sini, Khamis.

Abdul Aziz berkata kerjasama kali pertama dengan kementerian itu berjaya menarik perhatian warga Malaysia di luar negara untuk terlibat dalam proses pilihan raya.

Sementara itu, pada proses penerimaan sampul undi pos hari ini, beliau berkata tidak wujud sebarang ruang dan peluang untuk penipuan.

Beliau turut menunjukkan kepada media beg diplomatik berkunci mengandungi sampul undi pos yang diasing mengikut kawasan tertentu untuk dihantar ke pejabat RO berkenaan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan