SPAD Akan Kemuka Laporan Cadangan Kereta Api Laju KL-Singapura Kepada EC

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengemukakan laporan mengenai cadangan projek Kereta Api Laju kepada Majlis Ekonomi (EC) tidak lama lagi, kata Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar.

"Kami akan bentangkan cadangan itu kepada Majlis Ekonomi dan Kabinet, dan semua laporan akan dikemukakan kepada Perdana Menteri," katanya kepada pemberita pada majlis janji ditepati di Kompleks Belia dan Sukan di sini, Rabu. "Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju pada dasarnya melaksana projek kereta api berkelajuan tinggi itu. Ia akan dibincangkan secara mendalam pada mesyuarat Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura," katanya.

Malaysia dan Singapura bersetuju melaksanakan projek itu, yang dianggap sebagai 'game changer', antara Kuala Lumpur dan republik itu menjelang 2020.

Persetujuan itu dibuat semasa sesi pemukiman pemimpin antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong, Februari lepas.

Apabila siap, perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura hanya mengambil masa 90 minit.

Mengenai projek MRT dari Johor Baharu dan republik itu, Syed Hamid berkata setakat ini kedua-dua kerajaan memutuskan supaya projek itu yang dicadang disambung dengan MRT Singapura, dikaji bersama.

"Kajian itu sudah siap dengan beberapa cadangan untuk ditimbang oleh kedua-dua pihak. Mereka ada setahun untuk membuat keputusan, sama ada meneruskan atau tidak projek itu," kata Syed Hamid.

Difahamkan antara pilihan yang dipertimbang ialah pembinaan jambatan atau terowong bawah tanah. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan