Sikap Terbuka PM Bantu Kaum India Antara Sebab Hindraf Sokong BN - Waythmaoorthy

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sikap terbuka dan kesungguhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membantu masyarakat India merupakan antara sebab utama kumpulan pendesak kaum India yang dikenali dengan nama Hindraf mengambil keputusan menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum kali ini.

Pengerusi pergerakan itu P. Waythamoorthy berkata ia amat berbeza dengan pemimpin pakatan rakyat yang tidak serius dan tidak ikhlas membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi masyarakat India sejak sekian lama.

"Betul kami (Hindraf) menentang BN sebelum ini, tetapi selepas Najib menerajui negara ini, beliau menunjukkan sikap positif dan ikhlas untuk menyelesaikan masalah kaum India. Beliau secara terbuka meminta maaf atas kesilapan BN sebelum ini. "BN sudi menerima tuntutan kami tetapi pakatan tidak mahu. Ada beberapa aspek dalam tuntutan itu turut ditambah baik oleh Najib. Ia suatu pengiktirafan kepada masyarakat India," katanya dalam program Helo Malaysia versi Tamil di Bernama TV.

Program selama sejam itu akan disiarkan melalui saluran Bernama TV, 502 esok (Jumaat) dari pukul 2 petang hingga 3 petang dan siaran ulangannya pada Sabtu malam dari pukul 10.30 malam hingga 11.30 malam.

Pemimpin itu juga menolak dakwaan setengah pihak terutamanya pembangkang kononnya perjuangan Hindraf telah lari daripada landasan asalnya dan beliau telah 'dibeli' oleh BN.

Waythamoorthy menegaskan bahawa beliau masih menerajui pergerakan itu dan menafikan kenyataan akhbar berbahasa Tamil yang mengatakan beliau telah dipecat daripada jawatan pengerusi oleh abangnya P. Utayakumar.

Waythamoorthy juga membidas sikap pemimpin pembangkang yang cuba meracuni fikiran masyarakat India yang menyifatkan 'Pelan Tindakan Lima Tahun Hindraf-B NUntuk Masyaraklat India' yang ditandatangani antara Hindraf dan BN pada 18 April, adalah gimmik politik dan tidak boleh dilaksanakan.

Perjanjian itu merangkumi empat bidang utama iaitu meningkatkan taraf pekerja ladang, menyelesaikan isu tanpa kewarganegaraan dan peluang pendidikan dan perniagaan.

"Perjuangan kami ialah agar tuntutan Hindraf diterima dan dilaksanakan demi kepentingan dan kemajuan masyarakat India yang telah terpinggir dalam arus pembanguanan negara sejak sekian lama. "Tuntutan kami meliputi semua aspek, jadi kami berjumpa perdana menteri, mengemukakan tuntutan kami dan berbincang mengenai cara pelaksanaannya. Kami yakin pada Najib, beliau telah memberi harapan baharu kepada masyarakat India dengan melaksanakan pelbagai pembaharuannya," katanya.

Beliau yakin masyarakat India akan menyokong BN pada PRU13 kali ini, yang ternyata memberi harapan baharu bagi membentuk masa depan yang cerah. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan