PR Guna Taktik Kotor Edar Risalah Berbaur Fitnah - Isa Samad - Berita Semasa | mStar

PR Guna Taktik Kotor Edar Risalah Berbaur Fitnah - Isa Samad

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JEMPOL: Demi meraih undi bagi memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), pakatan rakyat sanggup menggunakan taktik kotor dengan menyebar risalah berbaur fitnah terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Jempol Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Risalah bertajuk 'Isa Samad Tipu Melayu Felda' itu menggariskan 10 perkara, termasuk isu berkaitan saham Felda dan dakwaan Pengerusi Felda berkenaan menjadi dalang kepada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH), yang dikatakan semakin tenat.

Ketika berucap pada majlis ramah mesra di Dewan Orang Ramai Felda Palong 8 dekat sini, Mohd Isa menyangkal dakwaan itu serta menyelar tindakan berkenaan.

Beliau berkata pakatan rakyat dilihat semakin terdesak sehingga sanggup menggunakan taktik kotor untuk menjatuhkannya.

Isa berkata peneroka terus menjadi sasaran pakatan rakyat yang memutarbelitkan isu saham FGVH dan menganggap tindakan itu 'permainan' politik bagi mengelirukan masyarakat Felda.

Mohd Isa berkata FGVH kini dalam keadaan sangat baik dan memperoleh keuntungan sebanyak RM1 bilion sebelum cukai pada tahun lepas.

"Pembayaran dividen (kepada pemegang saham temasuk peneroka) sebanyak 8.8 sen seunit dijangka dilakukan pada Julai depan. "Dividen ini akan dibayar selepas mesyuarat agung FGVH yang dijadual pada 28 Jun depan bersama pemegang saham, iaitu genap setahun FGV disenaraikan," katanya.

Mengulas dakwaan beliau menipu saham FGVH dan memiliki 180,000 unit saham, Mohd Isa berkata: "Kita tidak tipu, dia (pembangkang) kata saya dapat 150,000 unit, betul. Saya dapat 150,000 unit, tapi bayar."

"Oleh kerana saya Pengerusi Felda, saya beli untuk memberi keyakinan kepada pelabur lain untuk terus melabur di FGV. Jika tidak berbuat demikian, nanti orang lain kata saya tidak yakin dengan saham FGVH. Oleh itu, saya beli saham ini dengan harga 4.5 sen seunit. Jadi, apa yang kata saya tipu. Saya bukan dapat percuma, tetapi saya bayar," katanya.

Turut hadir pada majlis itu calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Palong Datuk Lilah Yasin.

Mohd Isa akan menentang penyanyi Wan Aisyah Wan Arifin yang mewakili PAS bagi kerusi kawasan Parlimen Jempol dalam PRU13. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan