PM Mahu Jadikan Malaysia Negara Islam Dihormati Dan Bermaruah

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dihormati dan bermaruah.

Beliau berkata, apakah bentuk kerajaan untuk Malaysia dalam menghadapi hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Ahad ini.

"Kita nak macam mana? Kita nak Islam... itu betul. Bumi Malaysia ini negara Islam tetapi negara Islam yang macam mana?

"Ambo (saya) ada visi untuk negara kita. Barisan Nasional (BN) ada wawasan untuk negara, kita ingin Malaysia sebagai negara Islam yang kuat, dihormati dan bermaruah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada kira-kira 20,000 hadirin pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai dekat sini, Khamis.

Turut hadir ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalannya, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Najib berkata, di peringkat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Malaysia masih dihormati kerana dilihat sebagai negara yang semakin maju dan berjaya di bawah pimpinan BN.

"(PAS) jangan nak main slogan, bendera bulan. Orang OIC tak hormat pada bendera bulan. Mereka hormat kalau kita negara Islam kerana (mempunyai) ilmu yang kuat, ada ekonomi, politik dan perdagangan yang kuat (dan) mengamalkan Islam berpandukan syariah.

"Ini yang hendak dibawa oleh Barisan Nasional, bukannya Islam yang mundur," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan