PM Janji Tambah Peruntukan Untuk UiTM Tubuhkan Kolej Baru

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar (kiri) merasmikan Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) pada Majlis Bersama Warga UiTM di Kuala Terengganu pada Rabu. -Foto BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar (kiri) merasmikan Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) pada Majlis Bersama Warga UiTM di Kuala Terengganu pada Rabu. -Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu membuat satu lagi akujanji tambahan di hadapan lebih 20,000 warga Universiti Teknologi MARA (UiTM), iaitu menambah peruntukan untuk universiti berkenaan supaya sebuah kolej baharu dapat didirikan.

Penubuhan kolej baharu itu, yang bertujuan meningkatkan kapasiti pengambilan untuk Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) dan dilaksanakan oleh UiTM, akan menambah 5,000 pelajar miskin kepada 10,000 orang setahun bagi memberi peluang kepada mereka melanjutkan pengajian tinggi di UiTM, katanya.

"Ini tuan-tuan bila sebut akujanji, maka janji ditepati," kata Najib pada Perhimpunan Perdana Warga UiTM bersama Perdana Menteri dan Pelancaran Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) di kampus induk UiTM Shah Alam malam Rabu.

Najib berkata beliau amat tertarik dengan peranan yang dijalankan oleh UiTM menerusi program MDAB, dan tahun ini 25,000 pelajar daripada keluarga daif dan miskin, akan dapat melanjutkan pelajaran di UiTM.

"Cuba bayangkan kalau 25,000 orang ini tidak dapat masuk MDAB, apa akan jadi kepada mereka kalau kita tak buka program ini, ratusan ribu anak kita terpinggir daripada arus kemajuan negara selama-lamanya," katanya.

Najib berkata beliau menyedari bahawa MDAB bekerja keras masuk ke pelusuk kampung di seluruh negara, untuk memberikan tawaran kepada anak-anak daripada keluarga miskin melanjutkan pelajaran ke UiTM.

Program seperti MDAB yang merupakan prinsip mobiliti sosial yang dilaksanakan di Malaysia, sukar dilihat di negara membangun mahupun di negara maju seperti Amerika Syarikat, berikutan kos melanjutkan pelajaran ke menara gading sangat tinggi, katanya.

Perdana Menteri berkata jika di kawasan kejiranan yang miskin seperti di Harlem New York, pelajar lepasan sekolah tinggi yang mendapat biasiswa hanya dalam kalangan mereka yang berbakat dalam sukan bola keranjang, tinju, American Football, berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti.

Tanpa biasiswa sukan itu, lepasan sekolah akan kekal tinggal di Harlem engan masa depan yang tidak menentu dan tidak empunyai harapan untuk menempa kehidupan baharu, katanya.

Najib berkata di Malaysia, anak-anak muda yang tinggal di kawasan pedalaman seperti di Kampung Bantal dan Kampung Pagi di Hulu Tembeling Pahang, masih berpeluang melanjutkan pengajian ke universiti, hasil dasar kerajaan yang ada ari ini yang membuka institusi seperti UiTM.

UiTM mempunyai kampus di seluruh negara termasuk kawasan luar bandar seperti di Jengka, dan legasinya amat membanggakan kerana pada hari ini ramai anak-anak Melayu dan Bumiputera memiliki masa hadapan yang cerah menerusi universiti itu, katanya.

"Mungkin tanpa UiTM, mereka akan menghadapi masa depan yang begitu kelam, mungkin mereka tak dapat ubah kehidupan mereka kalau miskin, mereka tetap miskin, kalau bapa toreh getah kemungkinan besar anak mereka menoreh getah," katanya.

Najib berkata Kerajaan juga telah mengembangkan UiTM daripada Institut Teknologi MARA kepada sebuah universiti semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan, dan kini ia merupakan sebuah institusi yang telah berjasa kepada ribuan anak bangsa, yang memberi peluang untuk mereka menempa kehidupan baharu yang sarat dengan harapan masa depan yang lebih terjamin.

Pada masa yang sama, Najib berkata: "Saya dengan rendah diri mohon untuk teruskan perjuangan saya, walau sudah banyak dilakukan, kita belum sampai destinasi kita.

"Saya perlu mandat yang kukuh kali ini, saya yakin dan percaya pilihan BN adalah paling tepat." -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan