Perlu Teruskan Usaha Biarpun Kemenangan BN Dalam Genggaman - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Biarpun kemenangan dua pertiga berada dalam genggaman, jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) tidak boleh leka malah perlu melipatgandakan usaha dalam masa-masa terakhir menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Ketua Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, situasi ini tidak akan menjejaskan komitmen petugas untuk terus memastikan kemenangan BN.

"Laporan terkini menunjukkan BN akan menang dua pertiga memberi kesan gembira kepada BN tetapi petugas parti jangan ambil sambil lewa. Kegembiraan melebihi (kesan) negatif dengan syarat dalam masa tiga hari ini terus gandakan usaha.

"Tumpuan perlu diberi terutama di tiga negeri yang bakal kita rampas semula Kelantan, Kedah dan Selangor dan ada sedikit lagi perkara yang perlu kita buat di Pulau Pinang (sebelum merampasnya semula)," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama 800 Pesara di Hotel Pelangi, di sini, Khamis.

Katanya, seramai 25 orang ditugaskan memantau semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) seluruh negara bagi memastikan segala pergerakan jentera di 7,531 PDM seluruh negara berjalan lancar.

Jelasnya, 25 petugas tersebut dilengkapkan dengan peralatan komunikasi dan memantau semua perkembangan PDM tersebut 24 jam sehari yang berpusat di Ibu Pejabat Umno, Kuala Lumpur bagi memastikan sebarang masalah yang timbul akan dapat diselesai serta merta.

"Kita dapat maklumat terus dari PDM ke ibu pejabat Umno, contohnya berapa banyak ceramah dibuat hari ini, ada tak sabotaj oleh mereka yang tidak dipilih menjadi calon," katanya.

Jelas beliau, strategi BN mengumumkan calon lima hari sebelum penamaan calon bagi memastikan rasa tidak puas hati dapat diselesaikan secepat mungkin.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyeru pengundi-pengundi atas pagar supaya bersama BN kerana tsunami politik yang berlaku pada 2008 sudah terhenti.

Ahmad berkata, kesan tsunami politik tersebut yang mengubah landskap politik pada PRU-12 itu berjaya 'disekat' melalui transformasi diperkenal Perdana Menteri termasuk melalu pemberian-pemberian bantuan secara langsung contohnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Sementara itu, mengulas penghijrahan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd. Taib yang menyertai PAS baru-baru ini, beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu proses 'pembersihan' dalam gabungan parti itu.

"Itu sebab Tun Dr. Mahathir Mohamad suruh dia berhenti jadi Menteri Besar. Silalah PAS ambillah orang seperti ini, kami gembira dan suka terhadap apa yang berlaku, orang yang tidak setia dalam perjuangan Umno. Dengan cara ini kita dapat bersihkan parti," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan