Penyebaran SMS BN Kalah Dalam PRU-13 Bukti Pihak Terbabit Tertekan - Rais

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tindakan pihak tertentu menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) ialah bukti mereka dalam keadaan tertekan.

"Mereka yang rasa terhimpit sahaja akan buat olahan sebegini, jadi saya seru rakyat Malaysia supaya berfikir dan membuat penilaian sebaik mungkin sebelum mengundi pada 5 Mei ini, kerana masa depan kita boleh diperjudikan," katanya.

Rais berkata demikian apabila diminta pemberita mengulas penyebaran SMS yang kononnya BN akan melakukan taktik kotor dalam kempennya, termasuk mencetuskan insiden keganasan bermotifkan politik seluruh negara, berikutan parti gabungan itu akan kalah.

Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengadakan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap penyebaran SMS yang berbaur fitnah.

"Ini penting kerana jika penyebaran SMS itu tidak banyak ia (pelaku) boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, tapi jika beribu-ribu orang menerimanya dan diguna hingga memecah-belahkan masyarakat, maka ia mencabuli Akta Hasutan 1948," katanya.

Rais sebelum itu melancarkan Kamus Sarjana Bahasa Mandarin-Melayu Terkini dan Anugerah Khas Perkamusan kepada Dr Yang Quee Yee di Kompleks Bangunan Sultan Abdul Samad di sini, Khamis. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan