Pengundi Raub Tetap Bersama BN

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAUB: Masyarakat Raub tetap memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) sekali pun BN meletak calon baharu di kawasan tersebut menggantikan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Mereka berpendapat Raub yang pesat membangun, akan berlaku kelangsungan pembangunan itu apabila diwakili wakil rakyat daripada BN.

Masyarakat di Raub yakin, calon BN Datuk Hoh Khai Mun akan dapat memastikan kelangsungan pembangunan di kawasan itu, dalam usaha menyuburkan lagi kegiatan sosioekonomi.

Bagi Chin Bee Fong, 52, beliau sememangnya sentiasa mengingati jasa Dr Ng yang menjadi anggota Parlimen Raub selama tiga penggal, dan sentiasa terbuka menerima calon pengganti Dr Ng.

Katanya kerajaan BN sentiasa melakukan yang terbaik untuk rakyat bagi memastikan negara terus maju serta membangun pesat dari aspek pembangunan, pendidikan dan ekonomi.

"Apa salahnya kita bagi peluang tanda sokongan kepada calon kita. Ini tanda kita sayang BN. Kita sayang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Menjalankan perniagaan menjahit pakaian selama 18 tahun, Chin berterima kasih kepada kerajaan kerana sentiasa memberi sokongan serta dorongan kepada golongan berpendapatan rendah sepertinya.

"Terima kasih kerana hari ini saya dapat bantuan mesin jahit menerusi Program Bantuan 1Azam," kata ibu tiga anak itu.

"Peniaga buah-buahan, Yong Kom Foong pula menyifatkan Hoh sebagai calon baharu namun mempunyai pengalaman dari segi kepimpinan kerana Hoh sebelum ini merupakan penyandang kerusi DUN Bilut.

"Beliau ada pengalaman, jadi harapan kami besar sekali agar Hoh bangunkan bandar Raub ini," kata wanita berusia 58 tahun itu. Sementara itu, pembekal makanan kantin sekolah, Haluyah Lia, 53, berkata Hoh yang dikenalinya memang aktif melakukan program mendekati rakyat serta peramah tanpa mengira agama dan bangsa.

"Inilah calon yang kita mahukan. Bukan hanya mewakili rakyat, tapi perlu berjiwa rakyat kerana sokongan akan lahir daripada hati rakyat secara ikhlas," katanya.

Hoh bakal berhadapan satu lawan satu dengan calon DAP Datuk Mohd Ariff Sabri yang juga penulis blogger Sakmongkol AK47.

Pada PRU12 2008, Menteri Pelancongan itu menawan Raub dengan 2,752 majoriti undi, menewaskan Abu Bakar Lebai Sudin daripada DAP.

Raub, yang popular dengan destinasi pelancongan Bukit Frasernya, kini semakin dikenali pelancong asing dan tempatan berikutan kewujudan program inap desa yang memberi banyak manfaat kepada penduduk kampung. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan