Mustapa Disebut Calon MB Tanda Harapan Rakyat Siapa Teraju Kelantan - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk Seri Mustapa Mohamed
Datuk Seri Mustapa Mohamed

JELI: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Kelantan menandakan harapan rakyat mengenai siapa yang akan menerajui negeri itu sekiranya BN menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, harapan rakyat itu telah disampaikan kepada beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah jelas bahawa mereka mahu kepimpinan Mustapa.

"Apapun keputusan (calon MB) akan dibuat oleh Perdana Menteri sendiri dan insya-Allah apabila kita memperoleh kemenangan, ada proses dan prosedur perlembagaan yang perlu kita patuhi.

"Namun ini jangkaan (dan) harapan rakyat. Bagi kami, itu baik bermakna mereka sudah melihat lebih ke hadapan sedikit yang bukan setakat (BN) menang tetapi siapa yang harus meneraju (Kelantan)," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai adakah Mustapa adalah jangkaan yang tepat untuk dijadikan sebagai calon Menteri Besar Kelantan sekiranya BN dapat mengambil alih pemerintahan negeri itu.

Muhyiddin berkata, pemilihan calon Menteri Besar adalah amat penting kerana rakyat memerlukan kepimpinan yang bijaksana, ada kepercayaan, keupayaan dan kemampuan.

"Bagi saya, jangkaan yang positif itu adalah sesuatu yang amat menggalakkan," katanya.

Menurut Muhyiddin, beliau menyifatkan Mustapa sebagai individu yang serba boleh kerana berpengalaman dalam kebijaksanaannya menguruskan beberapa kementerian.

"Yang terkini beliau (sebagai Menteri) di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti). Pelaburan begitu banyak dan luar biasa, ini pengalaman yang cukup berguna. Macam saya juga, ada pengalaman di (Kerajaan) Pusat dan kemudian itu di negeri.

"Jadi, kombinasi Pusat dan negeri itu penting. Kalau diberi peluang dan kesempatan oleh rakyat Kelantan, saya fikir Tok Pa (gelaran Mustapa) mampu buat kerja tu. Pasal ini menguruskan negeri bermakna kita dah biasa bersama dengan orang ramai, kita tahu aspirasi yang dikehendaki oleh rakyat Kelantan, macam mana nak laksanakan perancangan, itu penting," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan