Muhyiddin Mahu BN Menang 100 % di Pahang

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Barisan Nasional (BN) Pahang memastikan kemenangan mutlak berpihak kepada parti gabungan itu pada pilihan raya umum ke-13 Ahad ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata hasrat dan impian itu perlu dijadikan kenyataan memandangkan Pahang sejak dulu diketahui adalah kubu kuat BN.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan penanda aras kepada Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob supaya kemenangan 100 peratus dicapai di Pahang.

"Tanggungjawab dan amanah dipikul oleh menteri besar dan kita tahu tugas itu amat besar jadi tidak bolehlah dia pikul seorang, sebaliknya mesti ada pasukan transformasi," katanya ketika berucap pada program Himpunan Rakyat 1Malaysia di Dataran Maran di sini hari ini yang dihadiri 5,000 rakyat sekitar Parlimen Maran.

Selain Adnan, turut hadir calon BN kerusi Parlimen Maran Datuk Ismail Abdul Muttalib, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Luit Nurhidayah Mohamad Shahaimi, Datuk Shahaniza Shamsuddin (DUN Kuala Sentul) dan Mohamed Ariffin Ismail (DU NChenor). Pahang mempunyai 14 Parlimen dan 42 buah DUN dan pada PRU12, BN menguasai 12 kerusi Parlimen dan 37 kerusi DUN.

Muhyiddin berkata sebuah Kolej Komuniti akan dibina di Maran sekiranya B Nmenang dengan cemerlang bagi memberikan peluang pendidikan sempurna sepanjang hayat kepada semua rakyat.

"Kita ini kerajaan yang baik, yang amanah, yang menunaikan semua janji dan banyak lagi akan kita laksanakan. "Perdana menteri minta mandat lima tahun lagi untuk kita perhebatkan pembangunan untuk rakyat sebab cabaran kita dalam tujuh tahun lagi adalah menuju negara maju berpendapatan tinggi," kata beliau.

Sehubungan itu Muhyiddin meminta seluruh rakyat sepuya membuat pilihan yang tepat pada 5 Mei ini kerana masa depan mereka dan negara bergantung kepada pilihan mereka itu. "Saya bimbang jika rakyat tersilap pilih, pembangkang akan naik berkuasa dan sebab itulah bila sampai saat penting pada Ahad ini kita ajak seluruh 13 juta penentu nasib negara lima tahun lagi keluar membuat keputusan yang tepat," katanya.

Menurut Muhyiddin keamanan dan kemakmuran negara perlu dikekalkan di bawah kerajaan sedia ada dan penukaran kepada kerajaan lain tidak perlu kerana kerajaan hari ini adalah terbaik. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan