Malaysia, Singapura Di Peringkat Akhir Perbincangan Cadangan Sistem Pengangkutan Berkapasiti Tinggi - Abdul Ghani

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Malaysia dan Singapura sedang di peringkat akhir dalam perancangan cadangan sistem pengangkutan transit aliran deras (RTS) yang akan meningkatkan hubungan rakyat kedua-dua negara.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa kedua-dua negara telah bersetuju untuk meneruskan cadangan RTS yang menghubungkan Johor Bahru dan republik ini, dan kedua-duanya mempunyai masa setahun untuk merangka rancangan mengenai pilihan bagi RTS itu.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata kedua-dua negara kini dalam peringkat akhir membuat persiapan bagi RTS itu.

"Cadangan alternatif itu akhirnya akan dibentangkan kepada kedua-dua kerajaan, termasuk reka bentuk dan juga anggaran kos. "Sebelum akhir tahun, saya menjangkakan kedua-dua kerajaan akan membuat keputusan tentang jenis RTS yang akan dilaksanakan dan ia dijadualkan siap menjelang 2018," katanya kepada pemberita selepas menaiki bas bersama rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura di Terminal Bas Jurong East di sini Khamis.

Abdul Ghani berkata RTS akan memastikan ramai orang boleh bergerak berulang alik dengan pantas.

Beliau berkata kedua-dua kerajaan juga sedang cuba meneroka kemungkinan mengadakan pusat pemeriksaan kastam, imigresen dan kuarantina (CIQ) yang sama seperti di Eropah, yang ada satu perhentian di satu CIQ, "jadi ia juga boleh jadi CIQ bersama." "CIQ bersama akan mencapai objektif optimum mengadakan kaedah pengangkutan yang menghubungkan Johor Bahru dengan Singapura," tegas beliau.

Abdul Ghani berkata semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Singapura bagi Pemukiman Pemimpin dengan rakan sejawatannya Lee Hsien Loong pada Februari tahun ini, "pada Mesyuarat Bersama Menteri-Menteri, yang saya turut bersama, kami telah diberikan taklimat tentang beberapa pilihan (reka bentuk RTS)."

Beliau berkata apabila RTS itu siap, perjalanan di antara Malaysia dan Singapura, sekurang-kurangnya di tambak, pastinya akan lebih cekap, dan ramai orang akan bergerak melalui RTS.

"Ini pastinya akan mengurangkan kesesakan ekoran penggunaan harian tambak atau linkedua," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan