Kit Siang Sedia Rayu Kes Jenice Lee Jika Dia Tarik Diri Tanding Bebas

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penasihat DAP Lim Kit Siang  bercakap kepada orang ramai selepas bertemu dengan pengundi kedai kopi di speaking Taman Bukit Perdana, Batu Pahat.- Foto THE STAR
Penasihat DAP Lim Kit Siang bercakap kepada orang ramai selepas bertemu dengan pengundi kedai kopi di speaking Taman Bukit Perdana, Batu Pahat.- Foto THE STAR

BATU PAHAT:Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata beliau sedia merayu bagi pihak bekas Ketua Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) Jenice Lee sekiranya dia sedia menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai.

"Walaupun parti telah menghantar surat pemecatan kepadanya, saya bersedia untuk merayu bagi pihaknya sekiranya dia mengumumkan bahawa dia menarik diri sekali dan turut mengemukakan rayuan.

"Sekiranya dia masih lagi bertegas dengan pendirian mahu bertanding Bebas tidak ada apa yang dapat saya lakukan," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan pengundi di Taman Bukit Perdana di sini.

Lim menyifatkan pilihan raya umum 5 Mei ini sebagai 'pertarungan hidup mati' antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

Justeru beliau menyeru Lee segera kembali ke pangkuan parti itu.

"Dia sepatutnya tahu ini bukan masanya untuk bertanding sebagai calon Bebas kerana ia akan menidakkan kuasa rakyat, sekaligus menyebabkan pakatan tewas dan BN kekal memerintah.

"Saya berharap dia dapat pulang ke pangkuan parti sekali lagi," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan