Khalid Batal Pembentangan Kad Laporan Kerajaan Selangor

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

KLANG: Majlis pembentangan kad laporan Kerajaan Negeri Selangor tidak menjadi kenyataan apabila tidak ada wakil Barisan Nasional (BN) hadir untuk mendengar pembentangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid berkata beliau mahu berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak atau salah seorang calon yang dikatakan calon bakal menjadi Menteri Besar mengenai prestasi mereka di Selangor sejak lima tahun lalu.

Difahamkan Adul Khalid telah menyediakan persembahan slaid untuk memaparkan kejayaan kerajaan negeri yang dicapai dibawah pimpinan Pakatan Rakyat namun beliau enggan menunjukkan mempersembahkan kad laporan itu tanpa kehadiran wakil BN.

Khalid yang dalam kempen di Pandamaran Jaya, menghabiskan masa selama setengah jam untuk bertinteraksi dengan penduduk tempatan sebelum beredar ke majlis lain.

Selepas itu, Abdul Khalid berkata kepada pemberita bahawa penjualan tanah projek tebatan banjir dikenali sebagai Canal City walaupun telah selesai walaupun ia dibuat selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

Pada Selasa, Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mempertikaikan tindakan kerajaan negeri menjual dengan keluasan 474 hektar dengan harga RM1.3 bilion dengan mendakwa tindakan kerajaan negeri itu bertentangan dengan peranan kerajaan sementara kerana membabitkan impak kewangan jangka panjang sedangkan mereka sepatutnya mentadbir urus infrastruktur sedia ada.

Khalid berkata Mohd Zin sepatutnya mencabar tindakan penjualan tanah itu secara perundangan dengan membawa perkara tersebut ke mahkamah, sekiranya beliau merasakan wujud unsur mencurigakan.

"Tindakan (untuk menjual) di buat sebelum DUN dibubarkan. Hanya pelaksanaannya dibuat selepas itu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan