Hudud: PAS Nyata Pendirian Bersama Pakatan Selepas PRU

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KEDAH: PAS akan menyatakan pendiriannya berhubung kerjasama mereka dalam pakatan pembangkang sekiranya sekutu mereka daripada DAP berterusan menentang perlaksanaan hukum hudud.

Bagaimanapun Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, pendirian parti itu terhadap DAP dan Pakatan Rakyat hanya akan dinyatakan selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

"PAS telah pun memberi komennya dan ada keputusannya (berhubung hudud) dan ia telah pun semua ketahui.

"Lebih daripada itu saya akan jawab selepas selesai pilihan raya," katanya selepas berceramah di Taman Kota Nelayan di sini, Rabu malam.

Ditanya lanjut sama ada pendirian PAS itu menjurus kepada keputusan untuk keluar daripada pakatan pembangkang, Haron sekali lagi berkata beliau akan menjawab persoalan itu selepas mereka berada di Putrajaya.

"Tunggu lepas pilihan raya. Lepas kita menang, anda jumpa saya di Putrajaya," katanya.

Baru-baru ini hubungan PAS dan DAP dilihat kembali bergolak apabila Haron sekali lagi membangkitkan pendirian partinya yang bertegas mahu melaksanakan hudud jika pembangkang berjaya dalam PRU-13 walaupun mendapat tentangan DAP.

Bagaimanapun kenyataan Haron itu disanggah oleh DAP apabila pengerusinya, Karpal Singh bertegas menentang sebarang usaha PAS meminda Perlembagaan Pesekutuan untuk memasukkan hukum hudud sebagai salah satu undang-undang tertinggi negara jika pakatan pembangkang menang pada PRU-13.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan