Ejen Parti Diingatkan Jangan Salah Guna Pas Pemerhati - Polis

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Polis menasihatkan wakil atau ejen bagi mana-mana calon parti bertanding supaya tidak menyalahgunakan pas pemerhati yang diberikan kepada mereka. Ketua Polis negeri Datuk Osman Salleh berkata pas yang diberikan itu hanya merangkumi tugasan sebagai 'pemerhati' dan tidak melebihi daripada itu termasuk untuk menyentuh mana-mana peti undi.

Beliau menjelaskan hanya pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diberi kuasa untuk menyentuh peti undi, malah adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana wakil pemerhati calon untuk berada di bilik pembuangan undi selepas 7 malam. "Perkatannya ialah 'pemerhati', salah laku atau tidak, kalau (ada) salah laku anda lapor. Tetapi, tidak dibenarkan seorang pun walaupun pasukan keselamatan (juga) untuk menyentuh peti undi.

"Lain-lain tugas adalah SPR punya pengawai. SPR ada fungsi masing-masing dan pasukan keselamatan pun ada peranan. Jadi, bila sudah diberi kebenaran untuk bertugas pas keselamatan (pemerhati), jangan salah gunalah," katanya pada sidang media di sini Khamis. Beliau mengulas perbuatan seorang wakil calon PAS bagi kawasan Parlimen Telok Kemang yang bertindak mengunci sembilan peti undi selepas proses pengundian awal di PUSASDA, di sini Selasa lalu.

Hari ini, wakil calon PAS itu didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson mengikut Seksyen 3(1) Akta Pilihan Raya 1958 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan