DAP Guna Isu Perkauman Raih Sokongan Pada PRU-13 - Rahim Thamby Chik - Berita Semasa | mStar

DAP Guna Isu Perkauman Raih Sokongan Pada PRU-13 - Rahim Thamby Chik

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Veteran Umno Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik berkata DAP menggunakan taktik menakut-nakutkan kaum Cina melalui isu perkauman bagi meraih sokongan kaum itu pada pilihan raya ke-13 (PRU-13).

Beliau yang juga Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) berkata parti itu memberi gambaran bahawa orang Melayu menguasai keseluruhan pentadbiran negara dan menyekat kaum Cina dalam bidang ekonomi.

"Gambaran berlebih-lebihan ini, menunjukkan seolah-olah kerajaan langsung tidak memberikan apa-apa kemudahan dan menutup peluang kaum Cina dalam bidang pentadbiran dan ekonomi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan khas kejatuhan harga getah peringkat negeri Melaka di sini Khamis.

Beliau berkata tuduhan itu sama kali tidak berasas kerana kerajaan tidak pernah mengkhianati kejayaan dan pencapaian yang dikecapi kaum Cina dalam bidang ekonomi.

Sebaliknya, kejayaan itu menjadi semangat kepada kaum Melayu untuk berada sama taraf dengan kaum Cina dari segi kebolehan, kepintaran dan kebijaksaan dalam bidang ekonomi melalui semangat toleransi yang telah diamalkan dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia.

Sementara itu, Rahim berkata konsep 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan DAP juga dilihat sebagai dasar berat sebelah yang hanya menguntungkan kaum Cina yang sememangnya telah menguasai ekonomi negara.

Beliau berkata melalui konsep tersebut peluang akan diberi kepada golongan yang cemerlang untuk menguasai ekonomi, perusahaan dan keusahawanan yang secara kebetulannya kaum bumiputera terutama Melayu agak ketinggalan dalam bidang tersebut.

"Walaupun bumiputera termasuk kaum Melayu merupakan 68 peratus daripada rakyat negara ini tetapi mereka hanya memiliki kekayaan dan kemakmuran negara sebanyak 24 peratus berbanding kaum Tionghua yang menguasai hampir 50 peratus kekayaan negara," katanya.

Sehubungan itu katanya dasar itu tidak seharusnya dilaksanakan di negara ini kerana ia akan memberi kesan negatif kepada jurang ekonomi antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera.

Pada majlis itu, Rahim menyampaikan bantuan khas kejatuhan harga getah RM500 kepada 2,000 pekebun kecil di negeri itu.

Rahim berkata seramai 7,597 pekebun kecil di Melaka layak menerima bantuan keseluruhan berjumlah RM160 juta yang diperuntukan kepada semua pekebun kecil di seluruh negara. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan