Dakwa Miliki Lamborghini: Calon BN Kampar, Lee Saman Calon DAP

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAMPAR: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kampar, Datuk Lee Chee Leong akan mengambil tindakan undang-undang terhadap lawannya daripada DAP, Dr Ko Chung Sen berhubung kenyataannya bahawa Lee menyalahgunakan permit kereta import (AP) untuk membeli kereta sport bernilai RM 3 juta.

"Saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang," kata Lee ketika dihubungi The Star pada Khamis.

Dr Ko enggan menurut tuntutan Lee supaya dia menarik balik kenyataannya sebelum ini serta mengemukakan permohonan maaf sebelum pukul 12 tengah hari Khamis atau beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Ketika dihubungi pada pukul 12.30 tengah hari, Dr Ko berkata beliau tidak akan menarik balik kenyataannya kerana apa yang diperkatakannya adalah kebenaran.

"Saya tidak boleh memenuhi tuntutan yang dikemukakan dalam surat tersebut kerana saya bercakap benar. Ini adalah soal mengenai integriti," katanya sambil menambil dia bersedia untuk berhadapan dengan tindakan disaman oleh Lee.

Dr Ko berkata kad pendaftaran kenderaan yang didakwa menggunakan nama Lee, merupakan salinan kerana dokumen asalnya dimiliki oleh pemilik kenderaan.

Pada Rabu, Dr Ko mendakwa Lee telah menyalahgunakan AP miliknya untuk membeli kereta import Lamborghini Aventador bernilai RM 3 juta, yang didaftarkan pada 27 Mei tahun lalu.

Dr Ko berkata AP berkenaan sepatutnya digunakan untuk membeli kereta tempatan bagi membolehkan dia berkhidmat kepada rakyat dan bukannya untuk kepentingan peribadi.

Terdahulu, peguam Phang Soon Mun yang mewakili Lee menyerahkan sendiri surat tuntutan maaf kepada Dr Ko di sebuah restoran di Malim Nawar di Kampar.

Dalam surat tuntutan berkenaan, Lee berkata kenyataan Dr Ko merupakan satu fitnah dan pembohongan semata-mata.

Surat berkenaan turut menyatakan Lee mempunyai sebab untuk percaya kenyataan Dr Ko berniat jahat kerana dia dengan sengaja tidak memastikan kesahihah maklumat yang diterima dalam soal pembelian kereta.

Difahamkan Lee turut percaya Dr Ko membuat kenyataan sedemikian untuk mencalarkan imej dan reputasinya dengan cara yang tidak beretika serta cubaan untuk memutar belitkan fakta dalam usaha meraih undi daripada rakyat pada pilihan raya umum kali ini.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan