BN Kedah Yakin Tubuh Kerajaan Dengan Majoriti Dua Pertiga

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) yakin bukan sekadar merampas semula pentadbiran negeri Kedah, malah mampu membentuk kerajaan negeri dengan kemenangan dua pertiga pada pilihan raya umum ini.

Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata berdasarkan laporan yang diperolehinya daripada pelbagai pihak, beliau yakin BN mampu menawan 25 kerusi sekaligus memberikan kemenangan selesa buat parti itu.

"Kami yakin mampu menang majoriti dua pertiga di Kedah atas faktor cara kami bekerja, bergerak dan berjumpa pengundi. "Setakat ini kempen berjalan baik, tidak ada masalah. Keseluruhan tengok baik dan kalau ada sikit-sikit tu masih ada ruang bergerak untuk capai kemenangan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan calon-calon BN di Bangunan Tunku di sini, Khamis.

Kedah mempunyai 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan untuk menang dua pertiga, BN memerlukan 24 kerusi, manakala untuk majoriti mudah sebanyak 19 kerusi diperlukan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai trend pakatan rakyat yang sering 'mengimport penceramah' daripada luar untuk berkempen di negeri ini, Ahmad Bashah berkata ia menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin mereka di peringkat negeri sudah terdesak.

"Mereka bawa ramai 'pemain import' (penceramah) daripada luar sebab mereka rasa bimbang...Kami ada juga, perdana menteri dan timbalan perdana menteri tapi tak macam pembangkang bawa hampir setiap hari," katanya.

Selain itu beliau turut mengingatkan jentera BN supaya meningkatkan tahap keselamatan dalam pelbagai aspek di samping mempergiatkan rondaan dan kawalan bagi memastikan insiden tidak diingini dapat dielakkan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan