Azizan Bayangkan Lepas Jawatan MB

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk Seri Azizan Razak
Datuk Seri Azizan Razak

ALOR SETAR: Datuk Seri Azizan Abdul Razak membayangkan beliau berkemungkinan tidak akan mempertahankan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Ahad ini.

Malah menurut Azizan, beliau sudah pun mengosongkan pejabatnya di Wisma Darulaman sebagai persediaan sekiranya tidak lagi mengekalkan jawatan yang disandangnya sejak 2008 itu.

"Semua barang sudah pun saya keluarkan. Hanya yang tinggal barang-barang peribadi sikit, buku dan cenderamata. Saya dah lama bersedia (jika tidak kekal jawatan).

"Malah exco pun sudah serahkan kereta rasmi masing-masing. Kami semua sudah bersedia (sebarang kemungkinan). Insya Allah nanti kalau menang, mana yang perlu masuk balik...masuklah," katanya ketika ditemui mStar Online di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Sri Mentaloon di sini, Khamis.

Terdahulu ketika berucap pada majlis meraikan kejayaan kumpulan pancaragam Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Keat Hwa, Azizan turut memberi bayangan yang sama mengenai kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Menurut Azizan beliau bangga dapat meraikan kejayaan pasukan pancaragam sekolah itu yang menang pada pertandingan peringkat antarabangsa di hari-hari terakhir beliau menjalankan tugas rasmi.

"Saya begitu bangga (meraikan kemenangan) di saat-saat akhir saya mentadbir negeri ini iaitu dalam dua hari lagi sebelum pilihan raya.

"Selepas ini belum tentu saya menjadi Menteri Besar lagi. Tapi di saat akhir ini saya masih lagi dapat memberi khidmat saya," katanya.

Sebelum ini PAS Kedah dilihat menghadapi masalah dalaman apabila wujud desakan daripada pemimpin dan ahli parti itu agar Azizan berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu.

Malah dilaporkan konflik dalaman PAS Kedah turut membabitkan exconya, Datuk Phahrolrazi Zawawi apabila mengeluarkan kenyataan berani menyifatkan Azizan seperti kenderaan yang memerlukan enjin enam silinder dan bukan tiga silinder jika tidak mahu ketinggalan.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan