Ambrin Nafi Keluar Kenyataan Hasil Negeri Pembangkang Lebih Baik

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara menafikan Ketuanya Tan Sri Ambrin Buang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa prestasi kutipan hasil negeri yang ditadbir pakatan pembangkang lebih baik berbanding negeri lain.

Jabatan itu dukacita kerana nama dan gambar Ambrin digunakan dalam poster dan laman sosial Facebook sebagai kempen pilihan raya pihak pembangkang.

"Nama dan gambar Ketua Audit Negara telah digunakan dalam poster dan laman sosial Facebook sebagai kempen pilihan raya bagi menimbulkan persepsi dalam kalangan masyarakat seolah-oleh beliau mengesahkan bahawa prestasi kutipan hasil negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat lebih baik berbanding negeri-negeri lain.

"Dakwaan ini tidak tepat dan mengelirukan jika diteliti fakta-fakta yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011," kata jabatan itu dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, negeri Kedah menunjukkan peningkatan hasil yang paling sedikit iaitu RM20.52 juta, diikuti Negeri Sembilan (RM24.52 juta), Perak (RM27.11 juta), Kelantan (RM47.84 juta) dan Selangor (RM62.50 juta).

Pahang menunjukkan peningkatan hasil sebanyak RM75.33 juta, Sabah (RM167.36 juta), Pulau Pinang (RM192.19 juta), Terengganu (RM419.70 juta) dan Sarawak (RM1.02 bilion).

"Sebagai sebuah jabatan yang berintegriti dan mengamalkan prinsip keadilan, Ketua Audit Negara sememangnya memberi pujian kepada semua negeri yang menunjukkan prestasi yang baik dalam pengurusan kewangan dan peningkatan hasil," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan