Zahid Minta MB Selangor Henti Buat Tuduhan Liar Terhadap ATM

Diterbitkan: Rabu, 1 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhenti melemparkan tuduhan liar mengaitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan 'pengundi hantu'.

Naib Presiden Umno itu berkata dakwaan Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR itu kononnya ATM cuba membawa pengundi hantu, termasuk anggota tentera dan polis, dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung adalah tidak benar.

"ATM terutamanya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak terlibat dengan menggunakan aset atau pesawat tentera udara membawa atau memindahkan pengundi dari Sabah dan Sarawak untuk mengundi di mana-mana tempat di Semenanjung. "Saya harap Khalid semak faktanya...beliau sebagai menteri besar harus mengetahui mana berita benar, mana berita palsu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas dengan peserta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kawasan Parlimen Bagan Datoh di sini, Rabu.

Abdul Khalid pada sidang media baru-baru ini dilaporkan mendakwa terdapat penerbangan khas dari Sabah dan Sarawak yang kononnya membawa 'pengundi hantu'. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan