Tengku Adnan Akan Kekal Di Putrajaya - Pengundi India

Diterbitkan: Rabu, 1 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pengundi India di Putrajaya akan memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk kekal sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

Ketua Bahagian MIC Putrajaya, S.Kanappati berkata masyarakat India mengetahui Tengku Adnan mempunyai 'hati emas' dan menitikberatkan kebajikan penduduk sejak 10 tahun lalu.

Katanya seramai 435 pengundi India di Putrajaya tidak mungkin akan memilih pihak lain kerana telah melihat sendiri usaha yang dilakukan Tengku Adnan, malah pemimpin itu amat senang didekati.

"Saya tidak melihat sebarang alasan untuk mereka tidak mengundi Tengku Adnan. Beliau seorang yang bekerja keras, menepati janji pada pengundi di sini dan Barisan Nasional sentiasa mengharmonikan negara," katanya kepada pemberita dalam majlis ramah mesra pengundi India bersama Tengku Adnan malam Selasa.

Seorang pesara, G. Gamo yang merupakan pengundi di Putrajaya berkata beratus orang beratur setiap hari untuk menemui Tengku Adnan bagi meminta pelbagai bantuan dan Putrajaya sendiri tidak pernah sunyi daripada pelbagai aktiviti bermanfaat sepanjang Tengku Adnan menjadi wakil rakyat.

"Saya di Putrajaya sudah 14 tahun, saya antara pengundi pertama. Waktu datang dulu kawasan ini sunyi, sekarang sudah maju, macam-macam sudah ada," katanya.

M. Amar berkata beliau tidak pernah mendengar nama calon PAS Datuk Husam Musa sebelum ini dan bagi penduduk Putrajaya, pemimpin mereka hanya Tengku Adnan.

Katanya untuk mengenali calon PAS itu, beliau melihat blog Husam tetapi ia lebih banyak memaparkan tentang Kelantan dan beliau yakin Husam bukan calon sesuai untuk mentadbir Putrajaya.

V. Murugaya pula berkata kepimpinan Tengku Adnan amat diketahui masyarakat India dengan keramahannya dan sentiasa membuka pintu hatinya untuk penduduk.

Tengku Adnan dalam ucapannya berkata sejak menjadi wakil rakyat Putrajaya pada 2004, penduduk Putrajaya bagaikan keluarganya sendiri dan tanpa mengira kaum, beliau sentiasa cuba memahami masalah mereka.

"Komuniti di Putrajaya kecil sahaja. Cekalkan hati untuk mengundi nanti. Hanya BN yang menjaga keharmonian negara sejak dahulu lagi. Cerita pembangkang tentang BN tidak sepakat dalam mencapai keputusan adalah tidak benar.

"Kami sentiasa mencapai persetujuan secara bersama dan mengikut sistem demokrasi. Apa yang kita nikmati hari ini mengambil masa yang agak lama tetapi jika hendak menghancurkannya, ia boleh berlaku sekejap sahaja. Jangan hancurkan masa depan genarasi kita," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan