Saiful Bukhari Terus Konsisten Dapat Keadilan Dalam Kes Liwat

Diterbitkan: Rabu, 1 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Saiful Bukhari Azlan semasa sidang media khas Mac lalu menyangkal dakwaan berhubung kenyataan bapanya menafikan pembabitan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat beliau.  -Foto Fail
Saiful Bukhari Azlan semasa sidang media khas Mac lalu menyangkal dakwaan berhubung kenyataan bapanya menafikan pembabitan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat beliau. -Foto Fail

KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Rabu sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan terus konsisten dalam usaha mendapatkan keadilan bagi dirinya dalam kes diliwat bekas majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

" (Saya) akan terus doa, sabar dan istiqamah," katanya dalam tweetnya yang terbaharu dalam akaun twitternya hari ini berikutan perkembangan terbaharu melibatkan kes berkenaan.

Hari ini bapa Mohd Saiful, Azlan Mohd Lazim pada satu sidang media mengumumkan menarik balik kenyataannya awal Mac lalu yang mendakwa anaknya diperguna oleh pihak tertentu untuk mendakwa Anwar.

"Saya sudah insaf dan terlanjur serta mahu kembali ke jalan kebenaran. Tidak terlambat untuk memohon maaf kepada mereka," katanya di sini, Rabu.

Azlan berkata beliau kini kembali berpegang kepada keyakinan bahawa anaknya diliwat seperti apa yang didakwanya di mahkamah, dan bukan konspirasi politik untuk menjatuhkan ketua umum Parti Keadilan Rakyat itu.

Mohd Saiful dalam tweetnya juga berkata: "Jika bapa jujur dan ikhlas, syukur Alhamdullilah. Yang hak pasti berdiri, janji Allah pasti."

Bekas pembantu Anwar dalam tweet keduanya meminta bekas majikannya itu menghentikan apa yang beliau sifatkan sebagai "permainan jijik kamu." "Wang tidak dapat menghapuskan kebenaran," katanya.

Mohd Saiful juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan beliau.

Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 22 Julai bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari.

Pada 9 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara di sini, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar, 65, yang juga Ketua Pembangkang dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan