Rakyat Perlu Tolak Golongan 'Ultra Kiasu' - Dr Ridhuan Tee

Diterbitkan: Rabu, 1 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Dr Ridhuan Tee Abdullah
Dr Ridhuan Tee Abdullah

KUALA LUMPUR: Rakyat perlu menolak golongan 'ultra kiasu' dan memilih calon yang boleh mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Ahad ini.

Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata ultra kiasu yang merujuk kepada keadaan 'takut kalah' sesuai dikaitkan dengan DAP, ekoran pendirian mereka yang menolak cadangan penubuhan negara Islam secara terang-terangan.

"DAP awal-awal dah cakap yang mereka tak mahu pada Islam...jadi saya umpamakan mereka ini sebagai golongan ultra kiasu atau dengan kata lainnya 'asyik nak menang. Contohnya, mereka tidak mahu menerima perkara yang sudah termaktub di dalam perlembagaan seperti Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.

"Selain itu mereka (DAP) terang-terangan menolak dan tidak bersetuju sekiranya PAS ingin menubuhkan negara Islam, meskipun kita sedia maklum PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bergabung dalam Pakatan Rakyat (PR)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas sesi ulasan buku hasil karyanya yang bertajuk "Melayu Menjadi Minoriti Dalam Majoriti' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Rabu. Turut hadir dan membuat ulasan mengenai buku tersebut bekas pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang.

Mohd Ridhuan berkata tindakan DAP yang tidak bersetuju dengan PAS untuk menubuhkan negara Islam serta mengamalkan undang-undang Islam membuktikan mereka musuh Islam yang nyata.

Katanya, tindakan DAP yang sering kali mempertikaikan sesuatu perkara dan menimbulkan isu-isu tertentu yang hakikatnya sudah termaktub di dalam perlembagaan menggambarkan sifat mereka yang cuba menjadi golongan majoriti di negara ini.

Justeru, Mohd Ridhuan berkata rakyat khususnya bangsa Melayu dan beragama Islam perlu bersatu padu, mempercayai antara satu sama lain dan mengenal pasti siapa 'kawan dan siapa lawan' agar tidak silap membuat percaturan pada PRU13 nanti.

"Kita perlu mempercayai sesama kita (Melayu dan Islam) sebelum kita mempercayai orang lain. Sekiranya calon yang bertanding sudah terang-terangan memberitahu pendirian mereka (menentang Islam), apakah kita mahu terus mengundi mereka," katanya.

Beliau berkata jumlah majoriti bangsa Melayu yang ada pada hari ini tidak mustahil akan bertukar menjadi minoriti sekiranya mereka sendiri tidak mempertahankan apa yang mereka ada sekarang.

"Bagi mengekalkan jumlah majoriti itu, bangsa Melayu perlu sepakat dan tidak bergaduh sesama sendiri bagi mengelakkan individu lain mengambil kesempatan terhadap mereka," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan