PM Janji Tambah Peruntukan Untuk UiTM Tubuhkan Kolej Baru

Diterbitkan: Rabu, 1 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar (kiri) merasmikan Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) pada Majlis Bersama Warga UiTM di Kuala Terengganu pada Rabu. -Foto BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar (kiri) merasmikan Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) pada Majlis Bersama Warga UiTM di Kuala Terengganu pada Rabu. -Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu membuat satu lagi akujanji tambahan di hadapan lebih 20,000 warga Universiti Teknologi MARA (UiTM), iaitu menambah peruntukan untuk universiti berkenaan supaya sebuah kolej baharu dapat didirikan.

Penubuhan kolej baharu itu, yang bertujuan meningkatkan kapasiti pengambilan untuk Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) dan dilaksanakan oleh UiTM, akan menambah 5,000 pelajar miskin kepada 10,000 orang setahun bagi memberi peluang kepada mereka melanjutkan pengajian tinggi di UiTM, katanya.

"Ini tuan-tuan bila sebut akujanji, maka janji ditepati," kata Najib pada Perhimpunan Perdana Warga UiTM bersama Perdana Menteri dan Pelancaran Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) di kampus induk UiTM Shah Alam malam Rabu.

Najib berkata beliau amat tertarik dengan peranan yang dijalankan oleh UiTM menerusi program MDAB, dan tahun ini 25,000 pelajar daripada keluarga daif dan miskin, akan dapat melanjutkan pelajaran di UiTM.

"Cuba bayangkan kalau 25,000 orang ini tidak dapat masuk MDAB, apa akan jadi kepada mereka kalau kita tak buka program ini, ratusan ribu anak kita terpinggir daripada arus kemajuan negara selama-lamanya," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan