Pertembungan Dua Agenda Antara BN, Pembangkang - Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang

Diterbitkan: Rabu, 1 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bukan pilihan raya biasa sebaliknya ia dilihat sebagai pertembungan dua agenda besar antara Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr. Muhammad Fairus Khairudin berkata BN membawa agenda yang mendaulatkan agama, bangsa dan negara sementara pembangkang hanya menghalalkan cara demi memiliki Putrajaya.

"Perhatikan satu persatu, apa yang Ambiga nak buat seksualiti merdeka, ini gila punya kerja, begitu juga (amalan) lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang hendak dibawa pembangkang. Adakah perkara macam ini yang kita mahu dalam negara kita," katanya ketika berucap pada Program Santai Hari Pekerja Bersama Dr. Muhammad Fairus Khairudin di Kampung Tengah, Bakri, dekat sini malam Selasa.

Turut hadir calon BN Parlimen Bakri, Chris Lee Ching Yong dan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Naning, Datuk Saipolbahri Suib yang juga Pengerusi BN Bahagian Bakri.

Beliau yang pernah memegang empat portfolio penting semasa dalam kerajaan negeri berkata, pembangkang kini dilihat seperti bersatu untuk ke Putrajaya tetapi sebenarnya dalaman mereka bergolak dan menolak antara satu sama lain kerana mempunyai cita-cita serta ideologi berbeza.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar perbuatan Anwar yang suka bermuka-muka, cuba mengambil hati kaum tertentu dan pihak DAP dengan bersetuju dalam banyak perkara bertentangan termasuk membabitkan kesucian Islam.

Jelasnya, Umno dan BN tidak pernah berkompromi dengan sebarang perkara yang boleh merosakkan akidah umat Islam contohnya kalimah Allah dipertahankan bermati-matian daripada diperalat pihak tertentu.

"Umno dan BN tidak akan khianat sama sekali bahawa kalimah Allah akan kekal hak eksklusif orang Islam. Saya bersyukur dan puji Datuk Seri Najib Tun Razak berani letak asas (agama). Najib boleh buat begitu (gadai kalimah Islam) kalau mahu untuk meraih sokongan tetapi tidak berbuat demikian.

"Ini bukan calang-calang Perdana Menteri kerana anakanda Tun Razak (Perdana Menteri kedua Malaysia) yang punya sejarah hebat. Najib keturunan raja Bugis, ada kaitan dengan kedaulatan Nusantara Melayu. Sebab itu Allah takdirkan beliau mengetuai kita dalam saat negara berdepan dengan cabaran politik yang tidak pernah dilihat dalam sejarah sebelum ini," ujarnya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan