Pegawai Penerangan PAS Kelantan Abdul Hamid Isytihar Tidak Sokong Pakatan

Diterbitkan: Rabu, 1 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pegawai Penerangan PAS Kelantan, Abdul Hamid Derani mengisytiharkan beliau menarik diri daripada menyokong parti itu ekoran konflik sedia ada di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat kerana ia akan menjadi lebih buruk apabila mereka mengambil alih Putrajaya.

"Saya melihat ada perbalahan antara satu sama lain dalam soal pembahagian kerusi, ia merupakan satu tanda keretakan dalam pakatan. Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya mereka mengambilalih kerajaan?," katanya.

Abdul Hamid, yang juga bekas ahli Umno berkata isu tersebut nampak lebih jelas selepas hari penamaan calon apabila menyaksikan saingan sesama sendiri di beberapa kerusi yang ditandingi oleh parti komponen, Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, walaupun perkara tersebut hampir selesai namun ketegangan di peringkat akar umbi masih memuncak.

Abdul Hamid berkata sekiranya Pakatan menang, akan wujud konflik dalam tiga perkara utama iaitu siapa yang akan menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta Jemaah Menteri Kabinet.

Beliau mengulangi amaran yang diperkatakan Umno bahawa Pakatan akan menyebabkan negara menjadi huru-hara sekiranya mereka diberi mandat memerintah.

Bagaimanapun, Abdul Hamid berkata beliau berharap untuk kekal sebagai ahli PAS, namun mengakui dengan kenyataannya seperti ini akan menyebabkan beliau dipecat daripada parti.

"Saya yakin saya akan dipecat dan biar Jawatankuasa PAS Pusat tentukan bentuk hukuman terhadap saya. Namun itu tidak penting kerana apa yang saya perlu nyatakan adalah kebenaran," katanya.

Abdul Hamid yang dikeremuni wakil BN di sidang media berkenaan berkata beliau yakin PKR tidak akan bersetuju dengan cadangan untuk melaksanakan undang-undang hudud sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan.

"Ketiga-tiga parti mempunyai ideologi yang berbeza dan mereka masih berbalah sesama sendiri walaupun hari pengundian semakin hampir," katanya.

Sumber PAS memberitahu Abdul Hamid merupakan jurucakap Umno yang berkhidmat sebagai penasihat agama kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berpaling tadah dan menyertai PAS pada 2007 dan berkhidmat sebagai jurucakap dan Pegawai Penerangan PAS Kelantan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan