PAS Hilang Taring Angkara Campur Tangan Anwar - Hasan Ali

Diterbitkan: Rabu, 1 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk Dr Hasan Ali
Datuk Dr Hasan Ali

SHAH ALAM: PAS kini kehilangan taring dalam arena politik negara angkara campur tangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam urusan dan dasar parti itu dalam pelbagai isu, terutama yang melibatkan agama Islam dan orang Melayu, kata Presiden Jati Datuk Dr Hasan Ali.

Beliau berkata lebih memburukkan keadaan ialah sikap Anwar yang mahu campur tangan dalam setiap keputusan dibuat pemimpin parti itu, terutama Musyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sehingga menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan akar umbi parti itu.

"Apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyatakan dasar 'A' tentang sesuatu perkara, memang tiada siapa yang boleh mengubah ia menjadi 'B', namun bila Anwar jumpa beliau, dasar itu jadilah 'A minus'," katanya kepada Bernama.

Hasan berkata campur tangan Anwar itu telah membuatkan PAS menjadi parti yang semakin lemah antara parti dalam pakatan pembangkang, yang akhirnya menjadi parti 'penyendal' berbanding parti yang utuh dan gagah memperjuangkan Islam ketika bersendirian.

Katanya kelemahan PAS itu jelas terbukti apabila PAS kini telah terkeluar daripada landasan asal memperjuangkan Islam yang menjadi tunjang kekuatannya yang menjadi semakin buruk akibat dipengaruhi DAP dalam pakatan itu.

Mengulas tentang perasaan kurang senang akar umbi PAS terhadap campur tangan itu, Hasan berkata bukti nyata tentang 'retaliation' (tindak balas) itu boleh dilihat apabila akar umbi PAS sendiri menyuarakan kemahuan supaya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri, bukannya Anwar.

Beliau berkata golongan ulama dalam PAS terutama Dewan Ulama PAS pusat telah menyatakan pendirian cukup tegas dalam beberapa isu yang cuba dipengaruhi pakatan pembangkang diketuai Anwar, termasuk isu hudud dan kalimah Allah.

Katanya akar umbi PAS, terutama golongan muda seperti bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, kini tidak boleh berdiam diri dan menerima perjuangan PAS yang telah ditarik keluar landasan oleh Anwar.

"Dulu ramai penyokong tegar yang hanya terima bulat-bulat apa diputuskan pemimpin, tetapi sekarang semakin ramai yang 'tarik brek', terutama golongan muda. Akar umbi bangun menyatakan pendapat menentang campur tangan Anwar dan mahu PAS kembali ke landasan asal.

"Akar umbi PAS juga sekarang tidak boleh duduk berdiam diri dan membiarkan golongan parasit 'pro-Anwar' terus berleluasa," katanya.

Sementara itu, Felo Utama, Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Mansor Mohd Noor bersetuju terhadap pendapat Hasan bertapa PAS kini sudah terkeluar daripada landasan perjuangan Islam sebenar akibat kerjasama dengan PKR dan DAP.

Beliau berkata Islam yang ditonjolkan PAS dalam pakatan pembangkang itu tidak menonjolkan agama Islam yang amat rapat dengan kehidupan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai latar belakang.

"Dia (PAS) timbulkan Islam untuk satu kumpulan) sahaja. Islam ini universal dan PAS gagal menunjukkan Islam itu sebagai sebuah ketamadunan hebat dan sebuah sistem kehidupan yang menjamin kesejahteraan, bukan sahaja kepada penganutnya, malah masyarakat di sekeliling.

"Pengaruh DAP terhadap PAS dalam pembangkang lebih memburukkan perkara ini, perjuangan Islam itu sudah hilang keasliannya," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan