KPN Minta Pelihara Ketenteraman Awam Menjelang Hari Mengundi Ahad Ini

Diterbitkan: Rabu, 1 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan komuniti setempat agar menjaga kesejahteraan dan ketenteraman awam dengan mematuhi undang-undang dan berkempen dengan rasional dan berhemah menjelang hari pengundian yang hanya tinggal empat hari sahaja lagi.

Beliau memberi jaminan bahawa keadaan di seluruh negara khasnya di Sarawak akan terus terkawal walaupun terdapat insiden kecil.

"Pihak polis turut mengambil iktibar daripada insiden sabotaj Bilik Gerakan Barisan Nasional di Pulau Pinang, di mana rondaan ditambahkan dan Ketua Polis Daerah diarahkan untuk meninjau tempat ceramah," katanya kepada pemberita selepas program bersama membanteras jenayah dan penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 25 petugas Operasi Daulat peringkat Sarawak di sini Rabu.

Dalam meminta orang ramai supaya tidak berperilaku ganas atau emosional, Ismail berkata polis Pulau Pinang telah mengesan dua atau tiga kes melibatkan orang yang membuat kecacauan.

Pada majlis berkenaan yang dirasmikan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Komander Batalion ke-11 Pasukan Gerakan Am Sarawak, Datuk Wan Abdullah Tuanku Said mendahuli senarai penerima PKN bagi mengenang jasa dan penghargaan bakti anggota pasukan keselamatan yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah.

Seramai 6,500 anggota polis bertugas sepanjang proses PRU13 di Sarawak termasuk 500 anggota yang dipinjamkan dari Semenanjung, anggota Sukarelawan Simpanan Polis serta agensi lain seperti Rela dan Jabatan Pertahanan Awam. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan