Hudud: PAS & DAP Main Silap Mata Politik - MB Perak

Diterbitkan: Rabu, 1 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PANGKOR: PAS dan DAP bermain silap mata politik mengenai pelaksanaan hukum hudud hanya untuk meraih sokongan dan undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Ahad ini, kata Menteri Besar Perak Seri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata kedua-dua parti itu tidak harus bermain-main dengan isu pelaksanaan hukum hudud kerana ia melibatkan dasar, ideologi dan fahaman.

"Satu (parti) mahu negara Islam manakala satu lagi tidak mahu sama sekali pembentukan negara Islam.

"PAS tidak mahu kehilangan undi Melayu manakala DAP tidak mahu hilang undi Cina...Maka, kedua-dua pihak terpaksa bermain silap mata untuk mendapat sokongan masing-masing. Namun begitu, ia tidak membawa apa-apa kebaikan kepada politik kenegaraan.

"Sehubungan itu, rakyat perlu melihat sendiri...bayangkan, seperti mereka cita-citakan untuk mendapat Putrajaya tetapi sekarang pun sudah bergaduh soal isu asas. "Kalau mendapat kuasa nanti, nescaya mereka terus bergaduh dan ini akan menyebabkan politik negara huru hara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Tranquility Capturing Pangkor' (Pangkor yang Mendamaikan) di Jeti Sungai Pinang Kecil di sini Rabu.

Buku yang mempunyai koleksi gambar pemandangan Pulau Pangkor setebal 280 muka surat dan berharga RM180 itu akan membuka minat pelancong dalam dan luar negara untuk mengenali Pulau Pangkor dengan lebih dekat.

Hadir sama ialah isteri Menteri Besar, Datin Seri Sharipah Zulkifli; dan penyandang kerusi Parlimen Lumut, Datuk Seri Kong Cho Ha. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan