Hindraf Pilih BN Kerana Pakatan Pembangkang Tak Tepati Janji

Diterbitkan: Rabu, 1 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P. Waythamoorthy mempertahan keputusannya menandatangani perjanjian dengan Barisan Nasional (BN) berikutan kegagalan parti pakatan pembangkang mengotakan janjinya kepada masyarakat India.

Katanya sejak November tahun lalu, Hindraf berbincang sebanyak 24 kali dengan para pemimpin pakatan pembangkang untuk mendapatkan persetujuan mereka mengenai pelaksanaan rangka tindakan komprehensif lima perkara pergerakan itu berkaitan masyarakat India.

Sambil menyuarakan kekecewaannya, Waythamoorthy berkata selama lima tahun, Hindraf "dipermain-mainkan" pakatan rakyat, yang hanya pandai menabur janji kepada masyarakat itu, tetapi tidak pernah menunaikannya.

"Setelah pakatan pembangkang memperkuda kami dan secara terang-terangan menolak tuntutan Hindraf, BN tampil untuk meluluskan rangka tindakan lima perkaranya.

"BN membuka peluang kepada kami (Hindraf) untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat India dan ia merupakan sesuatu yang tidak boleh kami lepaskan begitu saja," katanya dalam temu bual dengan Bernama selepas rakaman program Helo Malaysia versi bahasa Tamil melalui Bernama TV pada Selasa. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan