Dapatkan Fakta Betul Mengenai Pengurusan Kerajaan - Ahmad Husni

Diterbitkan: Rabu, 1 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pihak pembangkang seharusnya meneliti dahulu fakta mereka sebelum membangkitkan soalan mengenai pengurusan kewangan kerajaan terutamanya mengenai nisbah kadar hutang-kepada-keluaran dalam negara kasar (KDNK), kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau, yang juga calon Barisan Nasional bagi kerusi parlimen Tambun berkata, negara mempunyai dasar fiskal yang berhemat yang mana nisbah hutang-kepada-KDNK mesti dikekalkan di bawah 'threshold" 55 peratus.

"Kita juga mempunyai keupayaan untuk membayar semula pinjaman kerana kita membuat unjuran dalam belanjawan atas pembayaran yang perlu dibayar," kata beliau kepada pemberita di majlis Program Khidmat Masyarakat di sini, Rabu.

Ahmad Husni berkata, terdapatnya trend menaik nisbah hutang-kepada-KDNK yang menyaksikan nisbah hutang-kepada-KDNK Amerika Syarikat meningkat kepada 106.5 peratus pada 2012 daripada 102.5 peratus pada 2011, UK pula mengembang kepada 90.3 peratus pada 2012 daripada 85.4 peratus pada 2011 dan Jepun menambah kepada 237.9 peratus pada 2012 daripada 230.3 peratus pada 2011.

Singapura pula meningkat kepada 111.0 peratus pada 2012 daripada 105.2 peratus pada 2011, Jerman menambah kepada 82.0 peratus pada 2012 daripada 80.5 peratus pada 2011 dan Malaysia meningkat kepada 53.7 peratus pada 2012 daripada 51.8 peratus pada 2011.

"Negara-negara ini juga mempunyai nisbah hutang-kepada-KDNK. Jika, katakanlah, pengurusan kewangan tidak betul, jadi, bolehkah kita kata kaedah pengurusan kewangan yang lainpun tidak betul?", kata beliau.

Mengenai janji pihak pembangkang untuk menghapuskan tol, beliau berkata yang kerajaan perlu membayar pampasan berjumlah sehingga RM6 bilion setahun kepada syarikat pemegang konsesi dan kosnya mungkin lebih tinggi iaitu hampir RM100 bilion sekiranya kerajaan mengambilalih lebuh raya itu.

"Kita kena sentiasa fikir sama ada manifesto pihak pembangkang itu realistik ataupun tidak, itulah isunya yang sebenar," kata Ahmad Husni sambil menambah yang mereka telah mengkaji manifesto pembangkang dan menasihatkan rakyat agar jangan terpedaya.

Kajian itu menunjukkan manisfesto mereka tidak boleh dilaksanakan kerana defisit fiskal negara akan meningkat kepada 11.5 peratus dan menambahkan nisbah hutang-kepada-KDNK kepada 62.1 peratus, kata beliau.

"Apabila keadaan kewangan negara teruk, agensi penarafan kredit mungkin akan menaraf turun kita dan kita akan berhadapan dengan kesan sistemik yang akan menyebabkan ekonomi menguncup.

"Itu sebabnya kita memerlukan pembiayaan/kewangan yang berhemat agar kita dapat mengekalkan pertumbuhan kewangan dan ekonomi negara ini," kata Ahmad Husni. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan