Azlan Mengaku Kejadian Saiful Bukhari Diliwat Anwar Benar

Diterbitkan: Rabu, 1 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim menjawab pertanyaan pemberita semasa mengadakan sidang media mengumumkan menarik balik kenyataannya awal Mac lalu di Kuala Lumpur pada Rabu.- Foto BERNAMA
Bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim menjawab pertanyaan pemberita semasa mengadakan sidang media mengumumkan menarik balik kenyataannya awal Mac lalu di Kuala Lumpur pada Rabu.- Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim pada Rabu menarik balik kenyataan beliau sebelum ini dan mengaku kejadian liwat ke atas anaknya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 benar-benar berlaku.

Beliau turut mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta-merta.

"Apa yang Anwar lakukan terhadap anak saya benar-benar belaku dan ia bukan konspirasi politik terhadap Anwar," katanya.

Azlan enggan mengulas lanjut punca beliau tiba-tiba berbuat demikian dengan memberitahu telah bertaubat dan menyedari keluarga lebih penting kepadanya.

Menurut Azlan, beliau tidak ditekan oleh mana-mana parti untuk berbuat demikian.

Pada Mac lalu, Azlan mendakwa anaknya menjadi sebahagian daripada konspirasi dirancang oleh seorang pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri untuk memusnahkan karier politik Anwar.

Anwar kemudiannya didakwa di mahkamah atas tuduhan melakukan liwat ke atas Saiful tetapi dilepas dan dibebaskan.

Pihak pendakwaan telah menfailkan rayuan.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan