Timbalan Pengerusi DAP Tenggaroh Isytihar Keluar Parti

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Kecewa dengan dasar ketidakadilan dan sikap cauvinis DAP, Timbalan Pengerusi DAP Tenggaroh, Abdul Rahman Yusof pada Selasa mengisytihar keluar parti itu dan menyertai Barisan Nasional.

Beliau berkata sebagai seorang Islam, beliau begitu berkecil hati dengan kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Nirman Fernandez baru-baru ini yang menyeru orang bukan Islam supaya tidak mengundi PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

"Sebagai seorang Melayu dan Islam, kenyataan Norman itu menunjukkan belang sebenar DAP. Saya akui mereka tidak pernah menyatakan bahawa DAP anti Melayu mahupun Islam, tetapi reaksi dan tindakan mereka memberi maksud sebaliknya," katanya.

Beliau merasakan diri beliau tidak lagi mempunyai tempat di dalam DAP dan oleh lebih baik beliau meletak jawatan, katanya kepada pemberita di majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Layang-layang di sini.

Majlis turut dihadiri isteri Muhyiddin, Puan Sri Noraineee Abd Rahman dan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad serta Pengerusi Barisan Nasional (BN) Simpang Renggam Abdul Hamid Abdul Rahman.

Di majlis itu, Muhyiddin memakaikan baju BN kepada Abdul Rahman sebagai simbolik beliau keluar daripada DAP dan menyertai BN.

Abdul Rahman turut melahirkan rasa kecewa kerana perjuangannya dalam DAP selama ini tidak dipandang oleh pucuk pimpinan DAP apabila melakukan pertukaran calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh antara DAP dan PKR, tidak melalui proses sepatutnya.

"Saya tidak kisah jika tidak dipilih sebagai calon. Tetapi jika mereka hendak melakukan pertukaran perlulah runding dahulu bersama ahli jawatankuasa DAP peringkat DUN Tenggaroh.

"Selain itu mereka menamakan calon PKR yang tidak mempunyai jentera pilihan rayanya sendiri. Jadi di mana kekuatan calon itu," katanya.

Beliau turut mempertikaikan keputusan DAP Johor berhubung pembahagian kerusi di negeri ini yang hanya meletakkan seorang sahaja calon Melayu daripada 14 kerusi DUN yang ditandingi parti itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan