SKMM Panggil 15 Individu Berkaitan Penyebaran Berita Palsu

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memanggil 15 individu memberi keterangan serta membantu siasatan susulan penyebaran mesej teks berita palsu dan fitnah yang semakin berleluasa.

Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata antara contoh berita palsu yang tersebar ialah kekacauan ketika pilihan raya umum ke-13 dan orang ramai diajak menyimpan barangan keperluan serta makanan kerana kekacauan dijangka meletus.

"Perbuatan menyebar berita palsu adalah satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Kami sedang bekerjasama dengan pihak polis dalam beberapa siasatan, dan apabila cukup bukti untuk pendakwaan, individu yang melakukan kesalahan akan didakwa.

"Semua pihak perlu berfikir dahulu sebelum memanjangkan apa jua berita dan maklumat yang diterima. Eloklah dipastikan dahulu kesahihan maklumat daripada sumber rasmi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

SKMM juga mendapati trend membuli di alam siber semakin menjadi-jadi menjelang PRU13 sehingga timbul unsur ugutan dan fitnah yang merupakan jenayah di bawah Kanun Keseksaan, katanya.

"Sesuatu jenayah yang dilakukan di alam nyata adalah juga jenayah di alam siber. Tiada bezanya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan