Rakyat Kelantan Diminta Nilai Jika Benar Dakwaan Nik Aziz Miliki Tanah RM10 Juta - Mustapa

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Rakyat Kelantan diminta untuk membuat penilaian terhadap kepimpinan PAS sekiranya benar dakwaan terhadap Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memiliki tanah bernilai lebih RM10 juta. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, para pemimpin PAS kebiasaannya mengamalkan zuhud, bersikap bersederhana malah antaranya kurang berkemampuan.

"Kalau ini (dakwaan) betul maka rakyat Kelantan akan buat penilaian kerana kita dengar semua pemimpin PAS adalah zuhud, miskin belaka... pakai kereta Proton Wira, (Perodua) Myvi tetapi kita tahu bahawa pemimpin-pemimpin PAS ini tidak kurang hebatnya... kereta pun Mercedes, harta mungkin banyak.

"Jadi, ia merupakan satu perkara bagi rakyat Kelantan untuk buat penilaian," katanya selepas merasmikan Seminar Keibubapaan dan Kecemerlangan Pelajar di Sekolah Kebangsaan Padang Mokan, Melor dekat sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media pada Selasa bahawa Nik Aziz dan isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak didakwa memiliki 27 lot tanah di sekitar Kota Baru yang bernilai lebih RM10 juta.

Mustapa berkata, beliau mempersoalkan adakah ia bermakna para pemimpin PAS akan berjuang semata-mata untuk akhirat dan agama, atau ada lagi tujuan lain.

"Itu rakyat akan buat penilaian," katanya mengenai sekiranya benar dakwaan terhadap Nik Aziz itu.

Dilaporkan, dakwaan itu didedahkan oleh calon Bebas dari Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali pada Isnin yang mendakwa mendapat maklumat mengenai pemilikan tanah Nik Aziz sebulan yang lalu, selepas menerima satu sampul surat mengandungi senarai tanah dan salinan geran milik Menteri Besar Kelantan itu dan isterinya.

Nik Aziz didakwa memiliki 14 lot tanah di Bandar Baru Tunjong, manakala Tuan Sabariah memiliki 13 lot di sekitar Kota Baru termasuk dua daripadanya dipajak kepada Petronas selama 40 tahun untuk membina stesen minyak Petronas di Pulau Melaka.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan