Rakyat Johor Diingat Supaya Buat Keputusan Bijak

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat Johor mengenai nikmat keharmonian yang dikecapi rakyat pebagai kaum di negeri ini selama ini di bawah kerajaan Barisan Nasional dan betapa ia perlu dihargai.

Keadaan sebaliknya mungkin berlaku jika Johor jatuh ke tangan pembangkang dan ia tidak akan menguntungkan sesiapa dan semasa itu rakyat sudah agak terlambat untuk memperbetul semula keadaan, kata perdana menteri.

Dalam temu bual eksklusif dengan Radio24 Bernama, Najib berkata dalam keadaan sekarang rakyat masih lagi boleh menghargai apa yang dikecapi selama ini dengan membuat keputusan yang bijak pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

Perdana menteri yang sebelum itu menghadiri sebuah 'Program Bersama Perdana Menteri' di Kompleks Sentosa di sini, mengulangi keyakinan bahawa Johor mampu terus kekal menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN). "Saya sedar kita menghadapi saingan yang sangat hebat di (kawasan parlimen) Gelang Patah tetapi jentera kita sedang bekerja keras dan semangat kita cukup tinggi.

"Calon kita juga yang bertanding di Gelang Patah (Datuk) Abdul Ghani Othman akan berusaha mengekalkan negeri Johor sebagai kubu kuat BN," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan