Pilih Kerajaan Berdasarkan Kebijaksanaan, Kebolehan Parti - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Pemilihan sesebuah kerajaan tidak boleh dinilai berdasarkan usia, sebaliknya perlu dibuat bersandarkan kepada kebijaksanaan dan kebolehan sesebuah parti untuk mengurus tadbir negara dengan baik, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata tidak seperti yang diperkatakan oleh pembangkang bahawa BN adalah sebuah parti yang tua dan perlu diganti, hakikatnya parti gabungan itu sentiasa mengalami proses meremajakan pemimpin.

Ini, katanya, terbukti apabila pada pilihan raya umum ke-13 ini, B Nmeletakkan 50 peratus calon muda bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 30 peratus calon muda bagi kawasan Parlimen.

"Pembangkang menyarankan rakyat untuk membuat perubahan kerana menyifatkan BN sudah tua tetapi hakikatnya pemimpin BN jauh lebih muda daripada pemimpin pembangkang," katanya pada Himpunan Rakyat 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tebrau, di Ulu Tiram, 30km dari sini Selasa.

Yang turut hadir penyandang kerusi Parlimen Tebrau Teng Boon Soon; penyandang kerusi DUN Puteri Wangsa Datuk Abdul Halim Suleiman, calon B NParlimen Tebrau Khoo Soong Seang, calon BN kerusi DUN Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan calon BN kerusi Puteri Wangsa, M. Soorianarayanan.

Pada majlis itu, timbalan perdana menteri turut merasmikan dua blok bangunan tambahan setinggi empat tingkat serta dewan terbuka baharu bernilai RM6.2 juta.

Beliau mengingatkan pengundi di situ agar tidak terperangkap dengan mainan politik pembangkang sebaliknya memelihara apa yang sudah dimiliki dan tidak menggadai masa hadapan dengan memberi ruang kepada pembangkang.

Muhyiddin mengibaratkan pembangkang seperti tikus membaiki labu kerana cuba mengubah sesuatu yang sudah elok yang dilaksanakan BN di negara ini.

"Kalau bagi tikus labu, hancur dibuatnya labu-labu itu...siapa tikus? Pembangkang la tikus. Sebab itu saya rasa luar biasa, sepanduk pembangkang kata ubah, ini kali lah tapi saya kata lain kali aja lah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan