Pemimpin Akar Umbi Sokong Kenyataan Norman Fernandez

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pemipin akar umbi DAP di Pulau Pinang menyokong Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez yang meminta pengundi menolak PAS pada pilihan raya umum kali ini.

Setiausaha Jawatankuasa Publisiti Parlimen Bagan DAP, G. Asoghan berkata bermula Mac 2008, PAS telah memperkenalkan polisi yang mencabuli hak orang bukan Islam, terutamanya di Kelantan, Kedah dan Selangor.

“Sebagai contoh di Kelantan, pengusaha salon gunting rambut tidak dibenarkan memotong rambut gender yang berbeza, sementara di Kedah ada sekatan terhadap lesen menjual alkohol,” katanya.

Asoghan yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Dalam sebagai calon Bebas turut menggesa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pendirian rasmi sama ada hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pakatan berjaya membentuk kerajaan.

“Kita tidak boleh mempunyai dua jenis undang-undang dalam negara. Malaysia sebuah negara sekular yang menggunapakai undang-undang sivil dan Perlembagaan Persekutuan. Hudud tidak termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.

Sementara itu di Klang, kira-kira 12 orang penyokong DAP mendakwa mereka mewakili 200 ahli parti itu menyokong tindakan Fernandez.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan