Pemilik Blog Milo Suam Akan Disiasat - Berita Semasa | mStar

Pemilik Blog Milo Suam Akan Disiasat

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemilik blog Milo Suam akan disiasat kerana kesalahan berkaitan pilihan raya termasuk menyebarkan maklumat palsu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata Unit Pelan Tindakan Media mengesan pemilik blog Milo Suam yang mendakwa anggota polis mengundi lebih awal.

Pemilik blog tersebut akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana menyebar maklumat tidak benar.

Syed Ismail berkata polis dapat mengesan spekulasi itu dalam media cetak dan media elektronik menerusi unit tersebut.

Unit tersebut yang ditubuhkan pada tahun lepas mempunyai anggota yang bertugas 24 jam setiap hari untuk memantau dan mengesan penyebaran maklumat tidak benar secara online termasuk di laman sosial.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan