PAS Terdesak Eksploitasi Abang Saya Sertai Mereka - Calon BN Selama

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohamad Daud Mohd Yusoff
Mohamad Daud Mohd Yusoff

IPOH: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selama Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff berkata PAS telah mengekploitasikan abangnya Noor Ghani Mohd Yusoff untuk menyertai mereka.

Katanya situasi ini menunjukkan bagaimana PAS berada dalam keadaan terdesak menjelang pilihan raya.

"PAS ini terlalu terdesak. Mereka mencuba apa sahaja ruang yang dianggap boleh memberi tambah nilai kepada mereka.

"Sebab itu abang saya dieksploitasi dengan harapan mereka dapat memancing undi," katanya kepada mStar Online, Isnin.

Mohamad Daud berkata keputusan abangnya itu bagaimanapun tidak menjejaskan persiapan jentera BN dan tidak akan memberi kesan terhadap keputusan pilihan raya di Selama.

Malah katanya, tindakan itu berkemungkinan besar akan mengurangkan undi PAS berdasarkan maklum balas yang diterima, termasuklah daripada anggota mereka sendiri yang tidak senang dengan senario ini.

"Orang mereka (PAS) datang jumpa saya sendiri. Mereka kata kurang setuju hubungan adik-beradik dieksploitasi macam ini.

"Ini bukan menambah undi, tapi boleh kurangkan undi PAS," katanya.

Mengulas mengenai tindakan Noor Ghani mengumumkan menyertai PAS Sabtu lalu, beliau berkata tidak mengetahui tentang perkara itu.

Katanya, beliau bagaimanapun nampak kecenderungan Noor Ghani terhadap PAS sejak tiga tahun lalu dan menghormati pendirian abangnya.

"Hubungan kami macam biasa. Baru-baru ini anak dia bertunang saya jadi jurucakap.

"Kami menghormati ideologi politik masing-masing. Perbezaan politik keluarga bukan isu besar.

"Cuma dia buat dalam waktu ni (musim pilihan raya) rasa terkilan seolah-olah menikam saya.

"Walaupun tak ada kesan tapi saya sebagai ahli keluarga rasa terkejut dan sedih," katanya.

Mengenai peluang BN di Selama, beliau yakin dapat mengekalkan kerusi tersebut.

"Daripada awal saya yakin dapat kekalkan kerusi ini malah yakin kemenangan lebih baik.

"Kita telah buat banyak kerja dan kita tahu 'mood' pengundi," katanya.

Mohamad Daud akan berdepan calon PAS Mohd Akmal Kamarudin.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan