PAS Sanggup Ketepi Asas Perjuangan Demi Kerjasama Dengan DAP - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak PAS yang sanggup mengenepikan matlamat dan asas perjuangan mereka semata-mata untuk bekerjasama dengan DAP.

Katanya beliau terkejut apabila PAS sanggup mengatakan perbezaan dalam beberapa isu dengan DAP hanya lima peratus iaitu soal menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.

"Jadi kita hairan kenapa pemimpin PAS merendahkan martabat mereka apabila berjumpa sekutu mereka. Begitu merendahkan kepentingan soal negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.

"Apakah itu menunjukkan bahawa mereka sebenarnya tunduk kepada DAP kerana takut parti itu tidak setuju sehingga terpaksa keluar daripada pakatan pembangkang. Jika itu berlaku dia (PAS) tahu dia akan hilang sokongan, sebab itu sanggup mengorbankan perjuangan mereka dengan meletakkan nilainya sebanyak lima peratus sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bersama Rakyat 1Malaysia di Layang-Layang di sini hari ini. Turut hadir isteri beliau Puan Sri Noorainee Abd Rahman, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Pengerusi BN Simpang Renggam Abdul Hamid Abdul Rahman.

Muhyiddin mengulas kenyataan bersama PAS dan DAP yang diedar kepada media di Markas Pilihan Raya Pemuda PAS Parlimen Arau, Perlis semalam yang antara lain menyebut perbezaan antara parti itu hanyalah lima peratus sahaja.

Kenyataan itu ditandatangani Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Timbalan Perdana Menteri berkata keadaan itu jelas menunjukkan PAS kini tidak berupaya mempertahankan prinsip dan asas perjuangan kerana apabila bersama DAP dan PKR, parti itu tidak mempunyai kekuatan dan keupayaan sehingga terpaksa bergantung kepada sokongan penyokong parti sekutu.

"PAS sebutkan ini sebagai perkara remeh sedangkan bagi orang Islam ia merupakan satu perkara yang besar. Sebagai sebuah parti yang mendukung perjuangan Islam dia sepatutnya tidak berkompromi dalam hal itu.

"Tetapi PAS kini berkompromi dalam banyak urusan yang jadi teras dan dasar perjuangan mereka yang mana jika sebelum ini mereka memperjuangkan untuk menegakkan negara Islam, kini ia sudah tidak timbul dan yang tinggal sekarang hanyalah perjuangan sebagai negara berkebajikan," katanya.

Muhyiddin berkata pertembungan ideologi antara Pakatan Rakyat semakin terserlah akhir-akhir ini menyebabkan mereka tertekan dan mengelak untuk membincangkannya secara terbuka.

Berikutan itu, katanya beliau yakin rakyat yang sedar tentang perkara ini akan menolak Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ini, sekali gus menyaksikan BN kembali memegang tampuk pemerintahan negara.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut memakaikan baju BN kepada Timbalan Pengerusi DAP Tenggaroh Abd Rahman Yusof sebagai simbolik beliau keluar daripada parti itu dan menyertai Umno. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan