PAS Bertegas Guna Petikan Ucapan Musa Hitam Dalam Poster PRU

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: PAS bertegas untuk memasang semula dan terus mempamerkan poster-poster yang mengandungi petikan kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam di sekitar Perak walaupun kebanyakan daripada poster berkenaan telah pun diturunkan atas arahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Asmuni Awi berkata pendirian ini dibuat dengan berpegang kepada prinsip bahawa pihaknya tidak melanggar undang-undang dan etika pilihan raya yang dikeluarkan SPR.

"Satu mereka koyak, 10 poster kita akan keluarkan.

"Saya beritahu jentera jangan tunduk kepada arahan kerana kita bertindak atas prinsipal dan tak langgar undang-undang. Kita bukan manipulasi atau pusing kenyataan Tun Musa Hitam. Kita ambil satu demi satu perkataan," katanya kepada mStar Online, Selasa.

Menurut Asmuni beliau adalah orang yang bertanggungjawab dalam menerbitkan poster dan 'billboard' dengan petikan kenyataan Musa serta mengarahkan ia dipasang di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di Perak sempena pilihan raya.

Beliau yang juga pengarah pilihan raya PAS negeri berkata keputusan itu dibuat setelah melihat pandangan seorang ahli politik yang membuat kenyataan secara terbuka dan didakwa memihak kepada pembangkang.

"Sama ada kenyataan ini kebetulan atau dibuat secara sedar atau tidak, ia memihak kepada kita dan kita menganggapnya satu pengiktirafan.

"Mungkin beliau tak sedar kenyataan ini menguntungkan kita tapi memang kenyataan sebegini yang kita mahu. Kalau Mat Sabu buat kenyataan macam ini kita tak akan pamerkan," katanya.

Beliau mendakwa, setakat ini hampir separuh daripada poster-poster ini telah dikoyak dan diturunkan.

"Ada lebih kurang 300 kesemuanya. Saya yang beri arahan untuk terbitkan dan pasang poster ini. Sekarang banyak yang sudah dibuka dan dikoyak," katanya.

PAS, sebelum ini menerima surat daripada SPR yang mengarahkan supaya mereka menurunkan poster-poster, billboard dan kain rentang berkenaan.

Namun PAS, dalam satu sidang media enggan menurut arahan dengan mempersoalkan bagaimana tindakan mempamerkan poster berkenaan dianggap sebagai satu kesalahan dengan berpandukan Peraturan 7.6 (a) Tata Etika Pilihanraya yang melarang pemasangan billboard yang mengandungi slogan, karikatur atau apa-apa bentuk penyampaian mesej yang berbentuk sindiran dan mengejek.

"Persoalannya di mana salahnya meletakkan poster-poster ini? Kita hanya tunjukkan kenyataan dan kenyataan ini kita tidak tujukan kepada sesiapa, malah tidak langsung menyebut Umno.

"Lainlah kalau ada slogan yang ofensif, mengata, menyindir atau memfitnah parti lawan itu kita boleh terima," katanya.

Asmuni mendakwa, sebelum menerima surat arahan daripada SPR, poster-poster dengan kenyataan Musa tidak diusik oleh sesiapa dan berada dalam keadaan baik.

Isu ini timbul apabila Musa dalam satu ucapannya dilaporkan berkata 'Negara Tidak Akan Bankrap Jika Pakatan Rakyat Memerintah'.

Musa bagaimanapun telah melarang mana-mana pihak mengguna pakai atau memanipulasikan kenyataannya untuk modal politik.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan