Najib Beri Jaminan Umno Tidak Tuntut Jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa memberi jaminan Umno tidak akan menuntut jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang jika Barisan Nasional (BN) menang di negeri ini pada pilihan raya umum ke-13.

Najib berkata ini kerana BN merupakan sebuah parti gabungan yang mempunyai persefahaman dan matlamat yang jelas.

"Dalam apa juga keadaan Umno tidak akan tuntut jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kerana kita mahu buktikan BN sebuah parti yang ada persefahaman yang jelas. Matlamat kita juga jelas.

"Kita (BN) bukan macam pihak di sebelah sana yang tiada persefahaman sehinggakan berlaku pertembungan antara mereka," katanya semasa berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di tapak pasar malam Perkampungan Juru di sini Selasa.

Lebih 10,000 orang hadir pada majlis itu termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen serta Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow.

Sementara itu, Najib menyeru penduduk Pulau Pinang terus menyokong BN agar lebih banyak pembangunan dapat diteruskan di negeri ini.

"Adakah kawasan ini akan memberi kemenangan kepada BN (disambut oleh orang ramai ya), adakah ini kubu kuat BN (ya)...terima kasih semua. Saya harap semua itu akan dibuktikan pada 5 Mei ini," katanya.

Najib turut menyifatkan Teng yang juga calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Tengah sebagai seorang yang berani kerana sangup bertanding di kawasan berkenaan.

"Jangan fikir Umno boleh control dia (Teng). Beliau seorang yang berani dan semua pemimpin parti komponen di negeri ini menyokongnya," katanya.

Pada PRU-13 ini, kawasan DUN Bukit Tengah menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Teng yang mewakili BN, calon PKR Ong Chin Wen dan calon Bebas A.Mohan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan