Mustahil Bawa Pengundi Luar Ke Selangor - SPR

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada Selasa berkata dakwaan kononnya pengundi luar boleh dibawa masuk untuk mengundi di Selangor pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) Ahad ini adalah mustahil.

"Mana boleh? mustahil. Saya tidak percaya bahawa seseorang boleh tempah tiket dan terbangkan orang Sabah atau Sarawak, atau dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak (begitu saja)," katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat mengundi di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini.

Semalam, Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa Umno membawa masuk pengundi luar, khususnya dari Sabah menggunakan pengangkutan udara.

Abdul Aziz berkata pengundi yang berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain perlu melalui beberapa proses dan memaklumkan kepada SPR sekiranya mereka menukar alamat dan mahu mengundi di kawasan berkenaan.

Katanya proses pilihan raya juga memperuntukkan tempoh bantahan selama dua minggu selepas senarai pengundi yang dipindahkan dipapar kepada umum, sebelum perubahan itu diwartakan.

"Kamu tak boleh mudah-mudah bawa orang dengan kereta, atau bas, atau kapal terbang begitu sahaja, kecuali mereka pergi melancong," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan