Kolej Han Chiang Dinaik Taraf Kepada Kolej Universiti - Najib

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengumumkan Kolej Han Chiang di sini akan dinaik taraf kepada kolej universiti.

Beliau berkata, langkah itu sejajar dengan 'Janji Ditepati' Barisan Nasional seperti yang dijanjikan beliau pada 11 Februari lalu bahawa kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan permohonan Kolej Han Chiang untuk dinaik taraf kepada status kolej universiti.

Najib turut mengumumkan kelulusan untuk membina sebuah lagi cawangan Sekolah Tinggi Heng Ee di sini.

Beliau berkata peruntukan sebanyak RM1 juta masing-masing akan disumbangkan kepada Kolej Han Chiang dan Sekolah Tinggi Heng Ee dari Yayasan Rakyat 1Malaysia.

Dalam ucapannya, Pengerusi Kolej Han Chiang, Datuk Ooi Soo Hing berterima kasih kepada Najib di atas kesudian menyerikan kolej tersebut dengan kehadirannya walaupun jadual yang agak padat.

"Kami terhutang budi kepada Perdana Menteri di atas keprihatinan dan komitmen untuk meluluskan dan menganugerahkan status kolej universiti kepada Kolej Han Chiang.

"Bagi pihak di tiga institusi Han Chiang, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Najib, tanpanya Han Chiang tidak akan mempunyai masa depan yang cerah," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan